Di sinilah kita boleh melihat peranan dan fungsi Nabi Muhammad sebagai seorang negarawan sekaligus seorang pemimpin negara yang besar dan berkaliber sepanjang sejarah peradaban manusia, disamping posisi beliau selaku seorang Nabi dan Rasul didalam agama.
Prinsip-prinsip hak asasi manusia dalam Piagam Madinah
adalah: Pertama, berinteraksi secara baik dengan sesame manusia,
samaada pemeluk Islam mahupun bukan Islam. Kedua, saling membantu
dalam menghadapi musuh.Ketiga,membela mereka yang teraniaya. Keempat,
saling menasihati. Dan kelima, menghormati kebebasan beragama.
Piagam Madinah merupakan landasan bagi kehidupan masyarakat yang flural di
Madinah. Berikut adalah substansi dari Piagam Madinah:
1.
Monotheisme,
yaitu mengakui adanya satu tuhan. Prinsip ini terkandung dalam Mukadimah, fasal
22,23 dan 42.
2.
Persatuan
dan kesatuan (fasal 1,15,17,25 dan 37). Dalam fasal-fasal ini ditegaskan bahawa
seluruh penduduk Madinah adalah satu umat. Hanya satu perlindungan, bila orang
Yahudi telah mengakui Piagam ini, bererti mereka juga berhak atas perlindungan
keamanan dan kehormatan, selain itu kaum Yahudi dan Muslim bersama sama memikul
pembiayaan perang.
3.
Persamaan
dan keadilan (fasal 1,12,15,16,19,22,23,24,37 dan 40). fasal-fasal ini
mengandungi prinsip bahawa seluruh warga Madinah berstatus sama di muka hukum
dan perlu menegakkan hukum beserta keadilan tanpa melihat perbezaan bangsa dan
agama.
4.
Kebebasan
beragama (fasal 25). Kaum Yahudi bebas menjalankan agama mereka sebagaimana
juga umat Islam bebas menjalankan syariat Islam.
5.
Bela
negara (pasal 24,37,38 dan 44). Setiap penduduk Madinah yang mengakui Piagam
Madinah mempunyai kewajiban yang sama untuk menjunjung tinggi dan membela
Madinah dari serangan musuh baik dari luar mahupun dari dalam.
6.
Pengakuan
dan pemuliharaan adat kebiasaan (fasal 2-10).Dalam fasal-fasal ini disebutkan
secara berulang bahwa seluruh adat kebiasaan yang baik di kalangan Yahudi harus
diakui dan dilestarikan (Eggi Sudjana,2003:89). Selain enam prinsip tersebut
Ahmad Sukaradja menambahkan lagi dua prinsip, iaitu:
7.
Ketuanan
syari’at (fasal 23 dan fasal 42). Dalam fasal-fasal tersebut, penyelesaian
perselisihan ditetapkan menurut ketentuan Allah dan keputusan Nabi Muhammad
SAW.
8.
Politik
damai dan perlindungan dalaman (fasal 17,36,37,39,40,41 dan fasal 47) dan sikap
perdamaian secara luaran ditegaskan pada fasal 45 (Ahmad Sukardja, 2012 : 114).
boleh berikan pandangan sahabat-sahabat di sini ya
ReplyDeletesyukran atas perkongsian
ReplyDeletesyukran atas perkongsian
ReplyDeleteafwan farhas....
DeleteSememangnya Islam mendahului dlm semua perkara,cuma penganutnya yg malas.mcm ana.huhu
ReplyDeleteGB02448
kadang-kadang penyakit malas tu memang dtg....same jer spesis kita nie.hihi
Delete