DEFINISI
HAK ASASI MANUSIA
Perkataan
“al-Haq” telah di ulang banyak kali di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam
surah an-Nisaa’ ayat 155 :
$yJÎ6sù NÍkÅÕø)tR óOßgs)»sVÏiB NÏdÌøÿä.ur ÏM»t$t«Î/ «!$# ãNÎgÎ=÷Fs%ur uä!$uÎ;/RF{$# ÎötóÎ/ 9d,ym óOÎgÏ9öqs%ur $oYç/qè=è% 7#ù=äî 4
[1]
Maksudnya:
“Dan mereka
pula membunuh nabi-nabi dengan tiada satu alasan yang benar”[2]
Dalam surah al-Maaidah ayat 48 :
!$uZø9tRr&ur y7øs9Î) |=»tGÅ3ø9$# Èd,ysø9$$Î/ $]%Ïd|ÁãB $yJÏj9 ú÷üt/ Ïm÷yt z`ÏB É=»tGÅ6ø9$# $·YÏJøygãBur Ïmøn=tã (
[3]
Maksudnya:
“Dan kami
turunkan kepada kamu(wahai Muhammad) Kitab (al- quran) dengan membawa kebenaran”[4]
Dalam
surah al-Baqarah ayat 241 :
Maksudnya:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan
berhak mendapata muta’h(pemberian sagu hati) dengan cara yang patut, sebagai
satu tanggungjawab yang wajib keatas orang yang bertaqwa”[6]
Daripada terjemahan ayat-ayat tersebut, menunjukkan
perkataan “hak” diberi beberapa erti antaranya benar, kebenaran, tanggungjawab
wajib, berhak dan adil.
Rights memberi erti betul, lurus, sesuai, sebenar,
adil, kanan, tegak, betul, teratur, lebih afdhal atau munasabah, hak, arah,
sempurna, sera merta, segera (Al-Mawarid : 1998)
Dalam Bahasa Arab, Hak diungkapkan dengan
perkataan haqq yang bermaksud “kebenaran”. Perkataan haqq berasal
daripada perkataan haqqa kerana dalam konteks penggunaan ayat tertentu
ia bererti “sesuatu yang tetap” atau “tuntutan”.
Sarjana Barat pula menerangkan konsep
kebebasan dan hak dalam pelbagai maksud. Umpamanya, S.J Stoljar dalam bukunya, An
analysis of right menerangkan bahawa hak dan kebebasan sebagai dua perkara
saling berkaitan antara satu sama lain. Katanya, kebebasan ditakrifkan sebagai
hak untuk melakukan sesuatu tindakan tanpa dihukum atau menanggung liability.[7]
Sementara John Salmond dalam
bukunya, Jurispudence pula menerangkan bahawa hak dan kebebasan berdasarkan
konteks perundangan iaitu hak sebagai satu bentuk kepentingan yang diiktiraf
serta dilindungi undang-undang.[8]
Dalam Kamus Dewan, perkataan ‘ hak asasi manusia’ tidak
ada dinyatakan dalam satu bentuk kosa kata. Perkataan-perkataan tersebut hanya
diletakkan secara berasingan iaitu kepada tiga perkataan. Perkataan ‘hak’
diertikan sebagai ‘kuasa’ atau ‘kepunyaan’. Ia juga dieertikan sebagai
‘kebenaran’. Perkataan ‘asasi’ pula di maksudkan sebagai ‘menjadi dasar’
ataupun ‘yang menjadi pokok’, berasal dari perkataan ‘asas’ yang bermaksud ‘alas’,
‘dasar’, ‘tapak’ atau ‘sesuatu yang menjadi sandaran’. Untuk perkataan
‘manusia’, ia diistilahkan dalam Kamus Dewan sebagai ‘makhluk yang mempunyai
akal budi’, ‘insan’, ataupun ‘orang’(Noresah Baharom 2007 : 82, 500&997).
Melalui gabungan ketiga-tiga perkataan tersebut, secara umumnya hak asasi
manusia boleh difahami sebagai ‘kuasa asas yang dimiliki oleh setiap individu
berdasarkan kelebihan masing-masing yang bertujuan memastikan dirinya
berpeluang mendapat kehidupan yang lebih baik dan saksama.
Mengikut catatan sejarah, hak asasi mula diperkenalkan pada zaman
tamadun Greek. Bagaimana pun, bukti itu tidak lengkap dan memerlukan kajian dan
penyelidikan bagi mengenal pasti sejarah awal hak asasi. Bukti tahun yang
menunjukkan tamadun Greek sebagai pelopor hak asasi boleh dilihat pada Bandar
Greek seperti Isogolia yang bermaksud kebebasan bercakap, Isonomia bererti hak menghormati.[9]
[1] al-Quran,
An-Nisaa’ 4:155.
[2] Semua
terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran Mushaf
Malaysia Dan Terjemahan,edisi keenam, Shah Alam, Selangor : Yayasan Restu
,(2011).
[3] al-Quran, Al-Maaidah
5:48.
[4] Semua
terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran Mushaf
Malaysia Dan Terjemahan,edisi keenam, Shah Alam, Selangor : Yayasan Restu
,(2011).
[5] al-Quran, Al-Baqarah’
2:241.
[6] Semua
terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran Mushaf
Malaysia Dan Terjemahan,edisi keenam, Shah Alam, Selangor : Yayasan Restu
,(2011).
[7] Jaafar Salleh
(2010), Islam melindungi hak-hak asasi manusia sejagat, hlmn: 9
[8] Ibid, hlmn:9
[9] Ibid,
hlmn:10
Salam Asma, you are already an experienced blogger. Too much info here. Certainly you have given a lot of benefits to your readers n followers. Keep going, continue spreading the message of Islam to all four corners of this planet!
ReplyDeleteKamal Azam Gb02487
thanks us kamal azam for advice
Deletealhamdulillah sahabat,satu perkongsian ilmu yang bermanfaa,teruskan usaha,,terbaikk,,barakallahufeek
ReplyDeleteterima kasih siti raha
Deletealhamdulillah,perkongsian ilmu yang bermanfaat,terbaik,teruskan usaha..barakallahufeek
ReplyDeletetahniah..blog yang sangat menarik..mohon share utk rujukan ye ustzh..
ReplyDeletemohdshahir86.blogspot.com (GB02446)
silakan....sama2 kita bertolong bantu dalam memartabatkan islam.
Delete