Sehingga hari ini, bilangan kes-kes melibatkan pekerja dan majikan semakin meningkat. Semakin ramai pekerja menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggung-jawab.
Adalah tidak adil menyalahkan majikan 100% mengenai hal ini, ini adalah kerana pekerja sendiri perlu peka dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja. Ianya akan mewujudkan komunikasi 2 hala antara pekerja dan majikan dalam mempertahankan hak-hak anda sebagai pekerja.
Antara persoalan bagi hak-hak pekerja tersebut adalah
- Berapakah kadar bayaran sebenar untuk kerja lebih masa ?
- Apakah ada had kepada bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan ?
- Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji ? Berapakah tempoh gaji yang sepatutnya ?
- Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja ?
- Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang ?
Ketahui hak-hak anda sebagai pekerja melalui soalan dan jawapan yang dibincangkan dalam ebook percuma ini. Ianya adalah sebuah Ebook mengenai hak-hak sebagai seoarang pekerja, tidak kira disektor kerajaan mahupun swasta. Panduan ini mendedahkan keistimewaan dan hak-hak sebenar meliputi setiap aspek seperti disiplin, tatatertib, etika, had masa bekerja, cuti Am, cuti tahunan, kadar gaji, kadar bayaran OT, hak pekerja wanita, cuti sakit, cuti bersalin, hospital, kadar potongan gaji yang dibenarkan, pampasan, KWSP, SOCSO, dan banyak lagi. Semuanya dibincangkan dalam bentuk Q&A yang menggambarkan situasi-situasi tertentu sesuai dengan keadaan dan lebih mudah difahami. Segala maklumat yang dibincangkan adalah sahih dan dirujuk dibawah 5 jenis Akta di Malaysia yang digubal untuk golongan pekerja
No comments:
Post a Comment