1-
Dokumen
daripada Muhammad,Rasulullah SAW (mengerat hubungan) antara orang
Mukmin dan orang-orang Muslim Quraisy dan
Tathrib, dan semua yang mengikut mereka dan bergabung dengan mereka.
2-
Mereka
adalah suatu komuniti (ummah) yang meliputi semua orang.
3-
Quraisy
muhajirin, berdasarkan adat mereka, hendaklah membayar diat di dalam kelompok
mereka, dan menebus tawanan-tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan
bersama-sama orang-orang mukmin.
4-
Banu
'Awf , berdasarkan adat mereka, mereka hendaklah membayar diat sebagaimana yang
mereka bayar hingga kini, dan setiap kelompok perlu menebus tawanan-tawanan
mereka dengan kebaikan dan keadilan bersama-sama orang-orang mukmin.
5-
Banu
al-Harith(Ibnu al-Khazraj),Banu Sa'idah,Banu Jusham,Banu al-Najjar,Banu 'Amr
ibn 'Awf, Banu al-Nabit dan Banu al-Aws berdasarkan adat mereka, hendaklah
membayar diat sebagaimana yang mereka bayar hingga kini, dan setiap kelompok
harus menebus tawanan-tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan bersama-sama
orang-orang mukmin.
6-
(a)
Pengikut tidak sepatutnya meninggalkan sesiapa yang melarat di kalangan mereka
dengan tidak membayar duit tebusan atau diat dengan kebaikan.
(b)
Orang mukmin tidak sepatutnya mengambil sekutu dalam menentang baginda, seorang
muslim merdeka yang lain.
7-
Orang
mukmin yang takutkan Allah hendaklah menentang pemberontak atau sesiapa sahaja
yang cuba menyebarkan ketidakadilan, permusuhan, atau penyelewangan diantara
orang mukmin; tangan setiap orang hendaklah menentangnya walaupun ia adalah
anak mereka.
8-
Seseorang
tidak sepatutnya membunuh mukmin yang lain untuk kepentingan orang kafir,
ataupun menolong seseorang yang tidak beriman menentang orang yang beriman.
9-
Perlindungan
Allah adalah luas, seseorang hendaklah memberi perlindungan kepada orang asing
bagi pihak mereka. Orang beriman adalah sahabat dan pelindung kepada yang lain,
kecuali orang luar.
10-
Orang
Yahudi yang mengikut kita berhak mendapat pertolongan dan persamaan yang sama
seperti orang mukmin. Mereka tidak boleh diperlakukan secara tidak adil, dan
musuh-musuhnya tidak akan diberi bantuan.
11-
Keamanan
bagi orang beriman tidak berbelah bahagi tiada keamanan patut dibuat apabila
orang beriman berjuang di jalan Allah. Syarat-syarat mesti adil dan saksama
kepada semua.
12-
Dalam
setiap serangan, seorang penunggang mesti mengambil seorangyang lain di
belakangnya.
13-
Orang
beriman mesti menuntut bela ke atas darah saudaranya yang tumpah di jalan
Allah.
15- (a) Orang yang takutkan Allah menikmati panduan yang terbaik
dalam hidupnya.
(b)
Tiada seorang penyembah berhala pun dibolehkan mengambil harta orang
Quraisy
yang
di bawah perlindungannya, atau menyakiti seorang yang beriman.
16-
Sesiapa yang didapati membunuh orang yang
beriman tanpa sebab-sebab yang dibenarkan tertakhluk kepada pembalasan,
melainkan saudara-saudara yang mati itu berpuas hati (dengan diat), dan orang-orang
beriman boleh menentangnya secara peribadi, dan mereka boleh mengambil tindakan
ke atasnya.
17-
Adalah
tidak dibenarkan seseorang beriman, yang tertakhluk dalam apa yang dinyatakan
dalam dokumen ini, dan percaya kepada Allah dan Hari Kiamat, untuk menolong
seseorang melakukan kejahatan atau melindunginya. Sumpahan Allah kemurkaan-Nya
di Hari Akhirat akan kena balasannya jika ia melakukannya, dan tiada taubat
atau tebusan yang akan diterima daripadanya.
18-
Apa
sahaja pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara, ia mestilah dirujuk
kepada Allah dan Muhammad.
19-
Yahudi
Banu al-Harith,Yahudi Banu Sa'dah, Yahudi Banu Jusham, Yahudi Banu al-Najjar,
dan Yahudi Banu al-Aws adalah seperti Yahudi Banu 'Awf.
20-
Yahudi
Banu 'Awf adalah suatu komuniti dengan orang beriman(orang Yahudi mempunyai
agama mereka dan orang beriman mempunyai agama mereka sendiri), orang-orang
yang merdeka, kecuali mereka yang tidak adil dan melakukan dosa, kerana mereka
hanya menyakiti diri dan keluarga mereka sendiri.
21-
Yahudi
Banu Tha'labah adalah seperti Yahudi Banu 'Awf, melainkan bagi sesiapa yang
tidak adil dan melakukan dosa, kerana mereka hanya menyakiti diri dan keluarga
mereka sendiri.
22-
Sahabat
rapat Yahudi adalah diri mereka sendiri.
23-
(a)
Tiada seorang daripada mereka boleh pergi berperang tanpa kebenaran daripada
Nabi
Muhammad.
(b)
Tetapi tidak ditegah daripada membalas untuk memberi kesedaran. Sesiapa yang
membunuh
seseorang tanpa amaran adalah membunuh diri dan kaum kerabatnya,
melainkan
ia diperlakukan secara tidak adil, kerana Allah akan menerima tindakan
ini.
24-
(a) Orang Yahudi menanggung perbelanjaanmereka
sendiri, dan Muslim menanggung
perbelanjaan
mereka sendiri. Setiap mereka menolong antara satu sama lain
menentang sesiapa yang menyerang orang-orang yang
tertakhluk dalam dokumen
ini.
Mereka mesti saling nasihat-menasihati dan bermusyawarah. Kebenaran
(perbuatan
baik) adalah pelindung atas perbuatan dosa.
(b)
Seseorang tidak dipertanggungjawabkan ke atas kesalahan sekutunya. Orang yang
diperlakukan
secara tidak adil mesti ditolong.
alhmdulillah,perkongsian yang bermanfaat,,teruskan usaha sahabat,,moga allah sentiasa memberkatimu,barakallahufeek
ReplyDeletealhamdulillah,hebat,,satu perkongsian ilmu yang bermanfaat,terus usaha untuk berkarya,,barakallahufeekk
ReplyDeleteterima kasih sahabat....nantikan isi2 yang baru ya....
ReplyDelete