sudi-sudilah tekan button biru nie yer...

Thursday, December 29, 2011

CEBISAN RENUNGAN

Tidak pernah terlintas dalam fikiranku untuk menjadi seorang pendidik....namun sudah ketetapan yang Maha Esa menentukan hala tuju hidupku....benar sepertimana  firman Allah s.w.t : kun fayakun  !! aku tetap bersyukur padaMu Ya Rabb....kenikmatan yang kurasai dalam dunia pendidikan dalam mendidik anak bangsa mengenal agamaMu  mengetahui kalamMu amat bermakna dari segala kenikmatan dunia ini....

Akanku teruskan perjuangan ini hingga ke titisan darah terakhirku, biarlah berbagai badai datang melanda, akan ku anggap itu semua ujianMu untuk hamba-hambaMu yang dikisihi....Aku hamba yang lemah, tidak terdaya untuk menjadi seperti wali-wali Allah yang terlalu agong ibadahnya....hanya curahan ilmu mampuku serahkan demi bekalan akhiratku....

Buat anak-anak didikku yang tersayang...teruskanlah perjuangan kalian...ustazah sentiasa berada di sisi kalian untuk membantu kalian mengenal Yang Maha Pencipta Rabbul Izzati...bukan marahku kerana membenci kalian tetapi marahku demi kesejahteraan kalian...betapa puasnya hati ini, tatkala kalian pandai mengenal alif baa taa bahkan pandai membaca iqrak apatah lagi lancar membaca al-Quran....terungkap segala pengorbanan, jerih perihku selama ini...tidak sia-sia aku bersabar dan mencuba sedaya upaya untukku mengenalkan kalian kalam Tuhan yang suci.....

DOA SEBELUM BACA AL-QURAN

Tuesday, December 27, 2011

PERNAHKAH ADIK-ADIK TERFIKIR?

 Musim sekolah bakal bermula...ibu dan bapa adik-adik sibuk menyediakan segala kelengkapan persekolahan, pakaian seragam, kasut sekolah, beg sekolah, alat-alat tulis, buku teks, buku latihan dan aktiviti dan sebagainya...wang ringgit hasil titik peluh mereka di habiskan demi anak-anak tersayang....namun ibubapa adik-adik x pernah merungut...sanggup berkorban apa saja demi kepentingan anak-anak.

Namun begitu.........bila sekolah mula dibuka, guru dah masuk kelas, guru bagi homework adik-adik masih leka ,alpa dek seronok dapat baju baru, kasut baru, beg baru, alat tulis baru bak kata segalanya serba baru termasuk teman-teman baru.............cikgu mengajar di hadapan adik-adik bersembang di belakang, cikgu bagi homework x pernah disiapkan...bila ditanya?beribu alasan yang diberikan....alangkah sedihnya hancur luluh hati  ibubapa adik-adik apabila mereka mengetahui perangai adik-adik yang tidak seperti diharapkan..

Mahukah adik-adik mensia-siakan pengorbanan ibu dan bapa adik-adik?lihatlah , mereka sanggup bersusah-payah, bersengkang mata mencari rezeki demi adik-adik...ketahuilah, setiap keringat titik peluh dan pengorbanan mereka membesarkan adik-adik takkan pernah  terbalas walaupun adik-adik menggadai harta selautan dunia sekalipun....

Oleh itu adik-adik......belajarlah bersungguh-sungguh, jangan sia-siakan pengorbanan ibu dan bapa adik-adik...tumpukan perhatian di dalam kelas, adakan jadual waktu seharian, tanamkan cita-cita yang tinggi untuk berjaya..biarlah ibubapa kita menitiskan air mata kerana kejayaan kita bukan kerana kegagalan kita....




Monday, December 26, 2011

SEKADAR RENUNGAN...

                 Manusia seharian sibuk mengejar cita-cita dunia yang tidak pernah cukup....ada sahaja keperluan terbaru yg diingini setiap hari..memang sudah lumrah kehidupan insan yang bernama manusia...Sedar tidak sedar umur semakin bertambah, detik masa berlalu begitu cepat, dunia semakin lelah...namun kita masih tidak berubah, masih leka dengan kehidupan di dunia...solat 5 waktu semakin tidak sempurna, semakin lalai melambat-melambatkan solat...apatah lagi membuka al-quran dan berzikir....

                 Sampai bilakah ini bakal berlaku....adakah sampai malaikat maut menjenguk dan memanggil nama kita..sedarlah wahai teman, juga buat diriku hamba yg lemah...tinggallah sebentar keperluan duniawi..ayuh kita berubah dan penuhi jiwa-jiwa yang kosong ini dengan amalan...biarlah sedikit, tetapi istiqamah.......ampunilah daku,sayangilah daku....

UNIT ( 2 ) ADAB MEMBACA AL-QURAN

( MADAH KEDUA MUDARRISAH) 


PERMULAAN TINTA

Bertemu lagi kita pada madah yang kedua ini. Ketahuilah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian, Al- Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.w.a melalui malaikat Jibril secara beransur-ansur. Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung dan sesiapa yang membacanya dikira ibadah.Oleh itu, kita hendaklah menjaganya dengan baik. Allah.s.w.t akan memberi keberkatan hidup didunia dan akhirat kepada orang yang mengikuti ajaran Al-Quran...

Sepertimana dalam hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
اقرءوا القرءان فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا لاصحابه
 maksudnya:
                   '' Bacalah al-Quran! kerana di hari Kiamat ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya"


BAHAGIAN ADAB DENGAN AL-QURAN

Adik-adik tahu tak? adab dengan al-Quran ini terbahagi kepada 3 bahagian:
  1. Adab sebelum membaca al-Quran
  2. Adab semasa membaca al-Quran
  3. Adab selepas membaca al-Quran

 ADAB SEBELUM MEMBACA AL-QURAN:
  • Dalam keadaan suci dan berwudhuk
  • Memegang dengan tangan kanan
  • Memegang al-Quran pada paras dada dengan tangan kanan
  • Menyimpan di tempat bersih dan tinggi

ADAB SEMASA MEMBACA AL-QURAN:
  • Membaca dengan khusyuk
  • Tidak berbual-bual
  • Meninggikan kedudukan al-Quran
  • Membaca isti'azah dan basmallah
  • Membaca dengan tadwir dan tertil
  • Membaca doa dan mengadap qiblat
  • Menutup aurat dan berpakaian kemas dan bersih
ADAB SELEPAS MEMBACA AL-QURAN:
  • Membaca صدق الله العظيم selepas membaca
  • Menutup al-Quran dengan cermat
  • Meletakkan semula di tempat yang tinggi
  • Mengambil iktibar dan pengajaran dari ayat yang telah di baca

Sunday, December 25, 2011

NASIHATKU BUATMU...

Belajar biar bersungguh..dalam apa jua tugasan yang diberi biar bersungguh...diri x kan rugi sedikit pun...walaupun penat bersengkang mata siang dan malam....namun kejayaan yg bakal diperolehi pengubat segala jerih perih...tiada yang mustahil di atas dunia ini...siapa yang bersungguh pasti dia akan dapat..nasihatku buatmu WAHAI ANAK-ANAK DIDIKKU

Thursday, December 22, 2011

JOM LAYAN CITER HIKAYAT SANG KANCIL....


CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG

Mmm.....pelajar cemerlang?Adik-adik nak jadi tak seperti adik Nik Nur Madihah kita yang telah mengejutkan kita semua dengan mendapat 20A dalam SPM?siapa sangkakan? anak seorang nelayan yang hidup serba kekurangan mampu meraih keputusan sehebat itu....Antara amalan dan sikap yang diamalkan beliau ialah:
  • Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t
  • Menjaga hubungan dengan manusia
  • Mengutamakan pelajaran
  • Meningkatkan kemahiran diri
  • Prinsip diri

Saturday, December 17, 2011

UJI MINDA

Cuba adik-adik jawab soalan di bawah mengikut kefahaman sendiri.......
  1. Apakah yang adik-adik faham mengenai pengertian menuntut ilmu?
  2. Apakah hukum menuntut ilmu ke atas seorang muslim?
  3. Senaraikan kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu?
  4. Senaraikan akibat mengabaikan adab ketika menuntut ilmu?
  5. Adakah benar Allah s.w.t merahmati orang-orang yang keluar menuntut ilmu?
SELAMAT MENJAWAB....

Friday, December 16, 2011

KEUTAMAAN MENGAJAR DAN BELAJAR ILMU

Ketahuilah adik-adik dan sahabatku sekalian..... 
  • Mempelajari ilmu kerana Allah s.w.t merupakan suatu kebaikan
  • Menuntut ilmu merupakan suatu ibadah
  • Mengkajinya merupakan tasbih
  • Membahasnya merupakan Jihad
  • Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya merupakan sedekah
  • Mendermakannya kepada ahlinya merupakan amal yang mendekatkan diri kepada Allah.s.w.t
" Manusia yang paling dekat dengan darjat kenabian adalah ahli ilmu dan ahli jihad. Ahli ilmu menunjukkan ,manusia kepada sesuatu yang dibawa oleh para rasul, sementara ahli jihad berjihad dengan pedang mereka berdasarkan sesuatu ( tuntutan) yang dibawa oleh para rasul" 
( Hadis Riwayat Dzahabi)

Thursday, December 15, 2011

MUHASABAH DIRI

Adik-adik yang mudarrisah sayangi.....menuntut ilmu itu sangat penting dalam kehidupan seorang muslim...oleh itu adik-adik hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ....adik-adik mesti ingat, sebelum memulakan sebarang pekerjaan hendaklah dimulai dengan doa dan sentiasa menjaga adab-adab menuntut ilmu supaya mendapat keberkatan.....dan yang paling penting jangan banyak bermain ketika belajar....

Wednesday, December 14, 2011

KITA SAMBUNG LAGI

Hai adik-adik yang mudarrisah sayangi......bertemu lagi kita pada hari ini...jom kita sambung lagi tajuk yang telah kita pelajari dulu......

KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU
  1. Mendapat keredhoaan Allah s.w.t
  2. Berniat untuk membela agama
  3. Meninggikan darjat seseorang
  4. Menjadi seorang yang berjaya
  5. Membentuk akhlak yang mulia
  6. Beramal dengan ilmu yang dipelajari

PERBUATAN YANG DILARANG KETIKA MENUNTUT ILMU
  1. Membantah arahan guru
  2. Tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar
  3. berpakaian tidak sopan ketika berhadapan dengan guru
  4. Tidak menghormati guru sama ada di dalam atau di luar kelas

AKIBAT MENGABAIKAN ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
  1. Dibenci oleh guru dan rakan
  2. Tidak mendapat kejayaan yang cemerlang
  3. Sukar mendapat pertolongan daripada guru
  4. Ilmu yang diperolehi tidak diberkati oleh Allah s.w.t
  5. Dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah

Tuesday, December 13, 2011

PERMULAAN TINTA (UNIT 1)




KAIFA HAALUKUM adik-adik semua? diharapkan semuanya sihat- sihat belaka dan bersemangat untuk menerokai madrasah ilmu di sini......KETAHUILAH adik-adik, akhlak yang paling mulia dan harus dicontohi  adalah akhlak Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.w.a....Oleh itu, kita harus mempelajari ilmu akhlak untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak kita sepertimana akhlak Baginda....JOM!!!..Seronoknya  Kita Dapatkan Ilmu di sini......


( MADAH PERTAMA MUDARRISAH)


MENUNTUT ILMU

TAHUKAH ADIK-ADIK YANG MUDARRISAH KASIHI SEKALIAN....ILMU itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. ILMU diibaratkan seperti cahaya yang boleh memberi petunjuk dan menyelesaikan segala masalah adik-adik. DENGAN ILMU manusia menjadi mulia dan berjaya di dunia & akhirat.




PENGERTIAN MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu ialah berusaha menghilangkan kejahilan diri.


HUKUM MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu hukumnya wajib.


ADAB MENUNTUT ILMU
  1. Sentiasa mengikut arahan guru.
  2. Duduk dengan sopan.
  3. Memberi sepenuh tumpuan ketika di dalam kelas.
  4. Mengingati jasa-jasa guru.
  5. Menghormati guru.
  6. Tidak membuat bising
  7. Meminta izin ketika keluar kelas.
DOA MENUNTUT ILMU
 



Monday, December 12, 2011

TIPS PELAJAR CEMERLANG

pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar

SALAM PERKENALAN

Ku mulai blog ini dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam perkenalan buat sahabat-sahabat dan juga semua anak didikku yang tersayang.