HAK-HAK WANITA DALAM ISLAM
Islam amat menyanjungi dan
menghormati wanita sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT melalui
pesuruhnya Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan keadaan sebelum Islam di mana
wanita ditindas, dibunuh dan dipandang hina. Selepas kedatangan Islam,
kehidupan para wanita telah berubah dan telah diberi pelbagai hak untuk
menikmati kehidupan ini sepertimana hak-hak yang telah diberikan kepada kaum
lelaki..Di antara hak-hak tersebut adalah seperti berikut :
1 Hak Untuk Berkahwin
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [selepas
ini disebut AUKI 1984], hak seseorang wanita untuk berkahwin telah
diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 8 iaitu: “Tiada sesuatu
perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur
kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada
enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara
bertulis dalam hal keadaan tertentu“. Tujuan peruntukkan ini dibuat
bukanlah sebagai satu bentuk sekatan bagi pasangan pengantin berkahwin pada
umur yang muda.Namun ia bertujuan untuk memastikan setiap pasangan mempunyai
tahap kematangan yang mencukupi dan mempunyai persediaan untuk memikul
tanggungjawab yang besar dalam institusi kekeluargaan.Jelas,dengan peruntukkan
ini,mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes-kes perceraian dan masalah
kes suami yang tidak mampu memberi nafkah dan tidak bertanggungjawab sebagai
seorang suami.
2 Hak Terhadap Mas Kahwin
Wanita juga diberi hak sepenuhnya terhadap mas kahwin yang dibayar
terhadap masa akad nikah dijalankan,bahkan hak isteri ke atas mas kahwin
tersebut tidak boleh digugurkan atas alasan perceraian ataupun pembubaran
perkahwinan.Jika suami masih berhutang mas kahwin terhadap bekas isterinya,dia
boleh mengemukakan aduan ke Mahkamah untuk mendapatkan jumlah mas kahwin yang
masih terhutang.
3 Hak Dalam Poligami
Dalam AUKI 1984,telah menetapkan hak bagi setiap wanita untuk mendapat
perlindungan daripada suami yang berpoligami.Dalam konteks ini,Akta ini telah
menetapkan beberapa syarat sebelum lelaki itu dibenarkan oleh mahkamah berbuat
demikian.Seksyen 23 menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasa masih
didalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain
kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah.
Seksyen 123 menyatakan sekiranya lelaki berkenaan tidak mendapat
kebenaran bertulis sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23 dan
kemudiannya berkahwin lagi,maka dia telah melakukan satu kesalahan dan boleh
dihukum denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya
sekali.Selain itu,Mahkamah juga perlu berpuas hati tentang lima perkara sebelum
kebenaran diberikan iaitu :
i.
Bahawa perkahwinan yang
dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada,hal-hal keadaan yang
berikut,iaitu,kemandulan,keuzuran jasmani,tidak layak dari segi jasmani untuk
persetubuhan,sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak
persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
ii.
Bahawa pemohon mempunyai kemampuan
yang membolehkan dia menanggung,sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak,semua
isteri dan orang tanggungannya,termasuk orang-orang yang akan menjadi
orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
iii.
Bahawa pemohon akan berupaya
memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum
Syarak.
iv.
Bahawa perkahwinan yang
dicadangkan itu tidak akan menyebabkan ‘darar syarie’ kepada isteri atau
isteri-isteri yang sedia ada.
Peruntukan tentang poligami dalam Undang-Undang Keluarga Islam jelas
memberi satu bentuk keadilan dan segala perlindungan kepada kaum wanita di mana
ia memberi segala hak dan kepentingan isteri yang sedia ada terjamin dan tidak
tertindas.Contohnya,isteri yang sedia ada akan diserahkan satu salinan
permohonan dan akuan berkanun bersama dengan saman (untuk hadir ke Mahkamah)
kepada mereka sebagai makluman awal sebelum permohonan poligami dibuat.Semua
peruntukkan ini dibuat bukanlah bertujuan untuk menghapuskan terus poligami
yang dibenarkan oleh Islam tetapi ianya diadakan agar tujuan poligami sebenar
tidak disalahgunakan dan untuk engelakkan diskriminasi terhadap wanita.(Laman
web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah P.Pinang)[1]
4 Hak Waris Perempuan
Diantara kemuliaan wanita dalam Islam adalah mereka memiliki hak mendapat
warisan. Dan hak ini telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. di dalam
Al-Quran, utamanya di dalam Surah kaum perempuan: Sūrah an-Nisā’. Surah ini
berbicara khusus tentang hak-hak wanita berkaitan dengan hak waris (mawārīts)
(Qs. An-Nisā’ [4]:11-13).
Ini kerana tradisi Jāhiliyah dimana masa itu harta warisan hanya
diperuntukkan bagi anak laki-laki yang telah dewasa. Sementara kaum wanita dan
anak-anak tidak mendapatkan apa-apa. Bahkan, mereka menjadikan perempuan
sebagai salah satu harta warisan yang ditinggalkan oleh si mayat untuk
diwariskan kepada anaknya. Bahkan, jika perempuan itu adalah ibu tirinya, ia
berhak untuk menikahinya. (Dr. Lailah Ibrahim Abū al-Majd, al-Mar’ah baina
al-Yahūdiyyah wa al-Islām (Kairo: al-Dār al-Tsaqāfiyyah, 2007: 59).[2]
Namun ketika Islam datang anak-anak perempuan dan para wanita mendapat
hak waris. Ketika wahyu turun membawa aturan kewarisan dengan menyertakan
anak-anak perempuan, sebagian orang di masa Jāhiliyyah datang menghadap
Rasulillah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. dan bertanya, “Wahai Rasulillah,
apakah kami harus berikan setengah harta warisan kepada anak perempuan dari
harta yang ditinggalkan oleh bapaknya? Padahal, dia tidak bisa menunggang kuda
dan tidak berperang. Dan apakah kami juga harus memberi warisan kepada anak
kecil padahal dia memberikan apa-apa.” (Hadits dari Ibn ‘Abbās).
5 Hak Menuntut Ilmu
Wanita dalam Islam memiliki keistimewaan lain, yakni: hak menuntut ilmu.
Ini sisi lain dari keagungan wanita dalam Islam. Dan hak menuntut ilmu bagi
perempuan dalam Islam tidak membeda-bedakan apakah dia seorang wanita merdeka
atau budak. Dalam satu riwayat dari Abū Burdah disebutkan bahwa Rasulullah
Shallallahu ‘Alaihi Wassallam. bersabda, “Siapa saja yang memiliki satu budak
perempuan lalu dia mengajarkan ilmu dan adab dengan sebaik-baiknya. Kemudian,
dia merdekakan dan menikahinya maka dia mendapat dua pahala.”
Menurut Islam, ilmu memang menjadi hak mendasar yang tidak boleh
dihilangkan. Kerana satu masyarakat tidak akan maju kerana makanan, minuman,
pakaian, dan tempat tinggal saja. Karena ini semua adalah hak materi. Harus ada
hak maknawi dan spiritual, yaitu ilmu pengetahuan. Dan hidup tidak mungkin
berjalan dengan baik tanpa ini. Itu sebabnya hati, ruh, dan nalar harus terus
“diremajakan” dengan ilmu.
Dalam sejarah Islam, pendidikan khusus para wanita telah dipraktikkan
oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam. Dimana beliau meluangkan satu
hari khusus untuk mengajar kaum wanita. Disamping secara khusus beliau mendidik
para ibu kaum Mukminin – istri beliau – (ummahāt al-Mu’minīn). Syekh Muhammad al-Ghazālī, Dr. Muhammad
Sayyid Ṭanṭāwī, dan Dr. Ahmad ‘Umar Hāsyim, al-Mar’ah fī al-Islām
(Kairo: Maṭbaʻah Akhbār al-Yaum, 1991:87)[3]
Itulah huraian mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Ia begitu mulia
kerana kehadiran Islam. Dan bagi Muslim agama Islam merupakan satu-satunya
agama yang memberikan hak yang begitu tinggi terhadap wanita. kerana Islam
bukan agama diskriminasi terhadap jenis kelamin kerana Allah telah memberi hak
dan kewajipan masing-masing dengan begitu indah.
No comments:
Post a Comment