sudi-sudilah tekan button biru nie yer...

Monday, January 30, 2017

LAPORAN AKHIR






PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
(LAPORAN AKHIR PROJEK)


LMCR2273 :
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
NAMA PENSYARAH :
PUAN FATIN HAZWANI@HASIDAH BINTI SIRAN

19 NOVEMBER  2016 - 15 JANUARI  2017



NAMA


NO. MATRIK

NORSURIYANI BINTI ARIS

GB02457


NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI

GB02456


SITI ASMA BINTI JAMALUDUN

GB02460


NABILAH BINTI KUSAIRI

GB02454


NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA

GB02417























 Tema :
Tema bagi pelaksanaan projek bagi kursus LMCR2273 Apresiasi  Teknologi  Maklumat ialah untuk membangun dan memperkenalkan Kampung Sungai Yu dengan mendedahkan maklumat keistimewaan kampung kepada masyarakat.

Nama Projek :
Nama projek yang telah dipilih dan ditetapkan oleh ahlikumpulan ialah Projek Pembinaan Laman SesawangKampung Sungai Yu. Ahli kumpulan  telah memilih Kampung Sungai Yu ,45000 Kuala Selangor sebagai kawasan untuk projek ini dilaksanakan.

Tempoh Pelaksanaan Projek:
Projek ini  akan dijalankan selama lebih kurang sepuluh minggu bermula dari tanggal 19 November 2016 minggu pertama sehingga 19 Disember 2016 minggu kesepuluh.

Ahli Kumpulan :
Projek ini diketuai olehNorsuriyani binti Aris dibantu oleh empat orang rakan yang turut mengambil kursus ini dalam menjayakan Program Pembinaan Laman Seasawang untuk memperkenalkan Kampung Sungai Yu ,45000 Kuala Selangor kepada masyarakat.

Ahli  Kumpulan:

Pengarah Program       : Norsuriyani Binti Aris

Setiausaha       : Nor Afiqah Binti Abdullah Zawawi

Bendahari        : Siti Asma Binti Jamaludin

Logistik           : Nur Farihatussolehah binti Arif  Ambia

Tugas-tugas Khas        : Nabilah Binti Khusairi


 Projek ini diadakan pada:
Tarikh: 19November 2016
Hari: Khamis
Tempat: Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor

Pada hari Khamis 19 November 2016 yang lalu, kami mahasiswi Kursus LMCR2273 Apresiasi Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan satu projek lawatan ke Kampung Sungai Yu bagi mencipta satu laman web khusus untuk memperkenalkan Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Projek ini disertai oleh lima orang mahasiswi .Tujuan utama projek ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Kampung Sungai Yu kepada masyarakat luar.
           
Nama AJK
NorsuriyaniBt Aris
 Tugas-Tugas Sebelum Program
Melihat contoh-contoh laman web yang sedia ada di media sosial untuk mendapatkan idea dalam membina laman sesawangyang berkesan dan bermanfaat.Menentukan cara persembahan pembuatan video, penggunaan muzik dan ilustrasi gambar yang sesuai bagi menarik minat masyarakat yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan Kampung Sungai Yu serta mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber seperti media sosial dan temu ramah warga Kampung Sungai Yu.
  Tugas-Tugas Semasa Program
Mencari keistimewaan yang terdapat di Kampung Sungai Yu untuk dihebahkan kepada masyarakat umum melalui video dan laman sesawang.Mempelajari beberapa jenis website yang boleh digunakan untuk membuat laman sesawang tanpa perlu membayar cas kepada pihak tertentu.
Tugas-Tugas Selepas Program
Mengumpulkan maklumat terperinci dari ahli kumpulan dan menentukan cara persembahan pembuatan laman sesawang.Membina laman sesawang menggunakan aplikasi wixsitesertamembuat video laman sesawang menggunakan aplikasi movie maker.Memuatnaik video ke dalam saluran youtube.Mempromosikan kemunculan video yang telah dimuatnaikkan di saluran youtube.

 Nama AJK
Nor Afiqah binti Abdullah Zawawi

Antara tugas yang diamanahkan kepada AJK fotografi ialah mengambil gambar dan video sepanjang program berlangsung,menyediakan salinan lembut (softcopy)untuk dihantar sebagai laporan,mengumpul laporan dokumentasi untuk dimasukkan ke dalam laporan akhir projek.Sebelum program berlangsung,kami telah mengadakan mesyuarat untuk semua ahli kumpulan sebanyak dua kali. Antara objektif mesyuarat adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing-masing dari semasa ke semasa.Saya ditugaskan untuk mengambil gambar dan video sepanjang program. Saya bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para ahli yang terlibat dalam bentuk foto dan video.Secara keseluruhannya, tugas-tugasfotografi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

Tugas–tugas sebelum projek:
-perbincangan telah dilakukan antara AJK bagi membahagikan tugas kepada setiap ahli.
-kami menyediakan peralatan fotografi iaitu kamera.

Tugas–tugas semasa projek :
Semasa program berlangsung, saya bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para pelajar yang terlibat samaada dalam bentuk foto dan video. Kemudian, foto–foto ini perlu didokumentasikan di dalam laporan selepas program.

Tugas–tugas selepas projek:
Kami telah menghasilkan video program untuk disempurnakandi dalam keseluruhan laporan.
 
Masalah yang dihadapi :
Setibanya kami di sana, ahli yang hadir adalah seramai empat orang dan  kami terpaksa menunggu seorang lagi ahli sebelum pergi ke Kampung Sungai Yu. Hampir dua jam menunggu kehadiran seorang ahli yang terakhir namun akhirnya seorang ahli tersebut gagal hadir disebabkan masalah pengangkutan. Selain itu, masalah lain yang kami hadapi ialah kami hanya mempunyai satu kamera Canon sahaja untuk mengambil gambar ketika projek berlangsung dan kami mengambil inisiatif dengan menggunakan kamera telefon untuk mengambil gambar ketika projek berlangsung.

Antara tugas yang diberikan :
Mengambil gambar di sekitar Kampung Sungai Yu serta menulis di laman sesawang mengenai Kampung Sungai Yu .

Penambahbaikan masalah :
Pada masa akan datang, mahasiswa/i yang terlibat perlu datang lebih awal dari masa yang ditetapkan dan sebagai AJK fotografi perlu menyediakan sekurang-kurangnya dua kamera bagi memudahkan AJK lain membantu dalam sesi pengambilan gambar .

 Nama AJK:
Siti Asma Binti Jamaludin     

Tugas-tugas sebelum program:
Memungut yuran perbelanjaan dan memastikan ahli kumpulan membayar yuran tersebut, mengumpul senarai keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan.Menyedia dan membentang penyata kewangan dalam mesyuarat.
 Tugas-tugas semasa program:
Mengagihkan wang kepada pihak yang berkenaan mengikut perbelanjaan.
 Tugas-tugas selepas program :
Membuat pengiraan jumlah perbelanjaan dan baki yang tinggal dan menghantar laporan penyata kewangan kepada setiausaha.
 Laporan Perbelanjaan:
·         Yuran sebanyak RM 20.00 dikenakan kepada setiap ahli kumpulan
·         Jumlah dana sebanyak RM 100.00
·         Jumlah perbelanjaan :
o   Pengangkutan ( minyak kereta ) RM 50.00 + ( tol ) RM 15.00
o   Cenderamata ketua kampung RM 20.00
o   Fotostat  RM 15.00

 JUMLAH PERBELANJAAN DAN BELANJAWAAN

JUMLAH PERBELANJAAN

BIL.
PERKARA
RM
1.


2.
3.
Pengangkutan
-       Minyak kereta pergi dan balik
-       Tol perjalanan
Cenderamata ketua kampung
Fotostat

RM 50.00
RM 15.00

RM 20.00
RM 15.00

JUMLAH
RM 100.00


 
JUMLAH PENDAPATAN

BIL.
PERKARA
RM
1.
Yuran Kutipan
Ahli Kumpulan (20×5)
RM 100.00

JUMLAH
RM 100.00



 Nama AJK
Nabilah Binti Mohd Kusairi
 Tugas-Tugas Sebelum Program
Mengadakan perbincangan untuk memilih tempat projek laman sesawang,menyediakan surat untuk membuat lawatan dan kajian ke tempat projek laman sesawang.Menghubungi ahli jawatankuasa persatuan Kampung Sungai Yu untuk menetapkan tarikh yang sesuai dalam proses pembuatan laman sesawang serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai Kampung Sungai Yu.
 Tugas-Tugas Semasa Program
Melihat keistimewaan dan tempat-tempat menarik di Kampung Sungai Yu,memastikan keselamatan dan kebersihan ahli kumpulan sentiasa dijaga semasa kerja lapangan dilaksanakan.Mencari maklumat tambahan mengenai Kampung Sungai Yu dan mengadakan temu bual bersama Ketua Kampung dan penduduk kampung.
 Tugas-Tugas Selepas Program
Mengumpulkan maklumat dari ahli kumpulan serta membantu ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan seperti membuat laman web dan video serta membuat laporan akhir tugasan.

 Nama AJK
Nur FarihatussolehahBt Arif Ambia
 Tugas-Tugas Logistik:
Sebelum projek penciptaan laman sesawang Kampung Sungai Yu berlangsung 29 November 2016, ahli kumpulan kami telah pergi ke Kampung Sungai Yu untuk berjumpa Ketua Kampung bagi menghantar kertas kerja kami sebelum melaksanakan projek secara kajian lapangan.
Selain itu, menyediakan makanan kepada ahli kumpulan dan menjaga kebajikan ahli kumpulan semasa projek laman sesawang dijalankan. Kami juga dapat menjimatkan kos dengan adanya salah sebuah keluarga dari penduduk kampung tersebut yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan memberi penginapan selama kami berada di sana untuk mendapatkan maklumat berkenaan Kampung Sungai Yu.
Selanjutnya, menyediakan pengangkutan pada  29 November pergi dan balik pada 30 November dengan menaiki sebuah kereta  kepada ahli kumpulan dan peranan AJK logistik juga menyediakan sedikit cenderamata kepada para penduduk yang terlibat terutamanya Ketua Kampung yang banyak membantu dalam memberi maklumat dan data berkenaan Kampung Sungai Yu sekaligus menyempurnakan projek laman sesawang kumpulan kami.

Sumber Personal Yang Terlibat :
Sumber personal yang terlibat bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan teratur dengan dipenuhi informasi adalah dengan bantuan  daripadaEn. MuhadSolihi bin Misran selaku ketua kampung bersama Hj. Aris bin Hj. Salleh yang merupakan JKKK  Kampung Sungai Yu.

Organisasi Terlibat :
Organisasi yang terlibat dalam projek ini adalah penduduk Kampung Sungai Yu,Kuala Selangor.


CARTA ORGANISASI

Ketua Kampung                                                   : Encik MuhadSolihi bin Misran

Setiausaha                                                            : Mohd Zamri bin Jaya

Bendahari                                                             : Zaaba bin Husin

JKKK: Hj. Mohd Tasrib bin Jayus
                                                                              : En. Jamsari bin Zainuddin
                                                                              : Hj. Aris bin Hj. Salleh



MATLAMAT

Kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan mahasiswa menjalankan satu khidmat sosial kepada masyarakat. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna berdasarkan perancangan yang bersistematik sudah pasti akan menghasilkan impak dan hasil yang positif terutama kepada mahasiswa/i. Hal ini kerana, mahasiswa/i adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, mahasiswa/i harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosialisasi.

OBJEKTIF

1)      Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri kepada masyarakat.
2)      Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai individu yang positif.
3)      Merancanag, melaksana , memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
4)      Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya lain di tempat orang, bantu membantu sesama masyarakat dan orang ramai.

PERANCANGAN 

Penyediaan proposal akan dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan projek ini berjalan dengan lancar. Perjumpaan akan dilakukan dengan ahli kumpulan bagi memastikan setiap ahli kumpulan tahu akan tugas masing-masing dan berupaya melaksanakannya mengikut kemahiran masing-masing. Antaranya, menyediakan surat kebenaran bagi membolehkan menemuramah tok penghulu dan pengurus pengusaha industri kecil dapat dijalankan. Menubuhkan blog, laman sesawang dan video bagi projek Apresiasi Teknolgi Maklumat.Selain itu, menyediakan jurnal refleksi serta segala matlumat, data, gambar dan rakaman dimuatnaik dalam laman sensawang, video dan blog.Akhir sekali, penyediaan laporan akhir untuk dihantar kepada pensyarah kursus.

PERLAKSANAAN PROJEK

1)      Membuat proposal projek penciptaan laman sesawang
2)      Membincangkan tajuk projek yang sesuai
3)      Membincangkan lokasi projek yang sesuai
4)      Membincangkan kebaikan dan keburukan serta penarik lokasi projek
5)      Membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan
6)      Membincangkan perbelanjaan ahli kumpulan pergi dan balik
7)      Mendapatkan surat kebenaran dari pensyarah
8)      Mengenal pasti individu atau pihak yang terlibat  untuk kebenaran tempat projek antaranya Ketua Kampung Sungai Yu dan penduduk Kampung Sungai Yu yang terlibat serta pengurus perusahaan kecil.
9)      Membincangkan kos perbelanjaan projek
10)  Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan seperti yang berikut:


PEMBAHAGIAN TUGAS
BIL.
JAWATANKUASA
AJK
TUGAS

1.

Kreativiti dan pembuat laman sesawang

Norsuriyani Binti Aris

-membina laman sesawang
-merekabentuk dan memuatnaikkan gambar
-menghubungi pihak yang berkenaan untuk mendapatkan kebenaran menjalankan projek
-memantau perjalanan projek secara keseluruhan.

2.

Fotografi & penulis blog

Nor Afiqah Binti Abdullah Zawawi

-mengambil gambar di sekitar kampung Sungai Yu
-menulis blog mengenai Kampung Sungai Yu
-menyediakan semua surat rasmi yang berkautan dengan projek
-menguruskan dukumentasi dengan kemas dan teratur.

3.

Pengumpulan maklumat & laporan

Siti Asma Binti Jamaludin


Nabilah Binti Khusairi

-menyediakan laporan & maklumat, mengenalpasti, mengumpulkan sumber
-membuat anggaran pendapatan dan pembelanjaan projek.
-menghubungi ajk persatuan Kampung Sungai Yu.
-mendapatkan maklumat mengenai Kampung Sungai Yu.

4.

Pengangkutan & Refleksi

Nur Farihatussolehah Binti Arif Ambia

-menguruskan pengangkutan untuk membawa ahli jawatankuasa pergi & balik.
-menyediakan peralatan yang diperlukan untuk menjalankan projek.
-memastikan keselamatan ahli kumpulan ketika menjalankan projek
-mencari matlumat tambahan daripada pelbagai sumber tentang aktiviti yang sesuai dijalankan.
-menguruskan penyediaan laporan refleksi kumpulan.

PERLAKSANAAN PROJEK:

Tarikh Dan Butiran Perlaksanaan Projek:

19 November 2016 :  kuliah Apresiasi Teknologi Maklumat, Pensyarah Pn. Fatin memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada mahasiswa/i untuk melaksanakan projek dan seterusnya perlaksanaan proposal penciptaan laman sesawang Kampung Sungai Yu. Selain membentuk kumpulan dan membahagikan tugas kepada ahli kumpulan dan jawatankuasa.

20 November 2016:  Perjumpaan dengan ahli kumpulan diadakan untuk membincangkan
                                   tugas yang dilakukan dan menetapkan tempoh masa projek.

21 November 2016:  Memohon surat kebenaran dari pensyarah Pn. Fatin untuk melaksanakan
projek di Kampung Sungai Yu serta menyiapkan surat rasmi untuk
dihantar kepada ketua kampung iaitu Encik MuhadSolihi bin Misran,
JKKK dan pengurus perusaha kecil antaranya pengusaha telur masin    PakJabidi dan Encik Bohari perusahaan keropok lekor dan kerepek di Kampung Sungai Yu.

22 November 2016 :  Pihak Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengeluarkan surat
kebenaran untuk melaksanakan dan surat rasmi untuk edaran kepada
ketua kampung dan pengurus perusahaan kecil. Seterusnya
kami menghubungi ketua kampung Encik MuhadSolihi bin Misran
untuk memaklumkan projek kami secara lisan kepada mereka.
Setiusaha projek telah mngirimkansurat kepada pihak yang berkenaan
\   dan turut menghantar satu salinan surat melalui perkhidmatan emel.



23 November 2016 :  Menerima maklum balas daripada Ketua Kampung Encik MuhadSolihi
bin Misran dan pengurus perusahaan kecil serta mereka bersetuju
meluluskanpemohonanuntuk memberikan kerjasama dalam
melaksanakan projek penciptaan Laman sesawang Kampung Sungai
Yu.

24 November 2016:  Bermulalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke tempat projek laman sesawang iaitu Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Apabila  sampai di kampung, kami berjumpa dengan ketua kampung membincangkan data-data penduduk, ekonomi penduduk, tempat  yang  menarik di kampung, kemudahan-kemudahan dan perusahaan industri kecil di kampung Sungai Yu. Selepas sesi temu bual perbincangan, ketua kampung membawa kami mengenalkan penduduk yang paling awal menetap di Kampung Sungai Yu iaitu Encik Samingan bin Mustari serta mengenali penduduk dan kawasan menarik pengunjung antaranya homestay, jeti, ternakan ayam “aircond” iaitu ayam yang dibela di dalam kawasan tertutup dan dilengkapi dengan alat kawalan pendingin hawa dan terdapat juga di kampung tersebut pasar nelayan. Seterusnya ketua kampung membawa kami ke kilang perusahaan iaitu kilang keropok lekor, kilang kerepek dan kilang telur itik.

25 November 2016 : Kami pulang ke Kuala Lumpur dan setiap ahli kumpulan membuat refleksi dan laporan jawatan setiap bahagian serta laporan akhir.

28 November2016 : Perbincangan ahli kumpulan dan mengumpulkan data untuk memasukkan dalam laman web dan video. Maka bermulalah proses mengedit video dari bermulanya projek sehinggalah berakhirnya projek.

1 Disember 2016 : Perbincangan ahli kumpulan dan mengumpulkan data masing-masing untuk memasukkan dalam laman web. Maka bermulahpenciptaan  lamansesawangKampung Sungai Yu.

27 Disember2016 : Setiap laporan ahli kumpulan dikumpulkan dan mengadakan perbincangan tentang proses penulisan laporan akhir serta keseluruhan bagi projek yang telah kami jalankan.

15 Januari 2016   : Pembentangan laporan akhir, laman sesawang, video dan dihantar kepada Pensyarah Pn.Fatin untuk diperiksa dan diberi ulasan untuk sebarang penambahbaikan secara keseluruhannya.

PERANCANGAN
Perancangan projek telah dimulakan selepas kuliah Apresiasi Teknologi Maklumat pada 20 November 2016 dengan dimulakan penulisan proposal projek penciptaan laman sesawang di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

PERLAKSANAAN AKTIVITI
  1. Membuat persediaan dan perancangan projek bersama ahli kumpulan
    1. Merangka draf proposal kertas kerja projek yang akan dilaksanakan
    2. Pembahagian tugas kepada setiap ahli kumpulan
    3. Memilih lokasi projek yang akan dijalankan
    4. Menghubungi ketua kampung Sungai Yu untuk mendapatkan kelulusan dan kepastian bagi menjalankan projek.
  2. Melaksanakan aktiviti menjelajah dan mengumpul maklumat di kawasan projek
    1. Membuat perjumpaan dan wawancara bersama ketua kampung dan antara soalan-soalan yang diajukan adalah :
                                                              i.      Latar belakang sejarah penubuhan Kampung Sungai Yu
                                                            ii.      Jumlah taburan penduduk kampung
                                                          iii.      Prasarana dan kemudahan awam yang disediakan
                                                          iv.      Aktiviti-aktiviti dan program yang telah dilaksanakan
                                                            v.      Tempat-tempat menarik dan tarikan Kampung Sungai Yu
                                                          vi.      Keistimewaan utama Kampung Sungai Yu
    1. Membuat perjumpaan bersama penduduk kampung yang terawal di kampung tersebut
    2. Mengumpul maklumat dan membuat lawatan kawasan projek seperti :
                                                              i.      Kemudahan infrastruktur yang terdapat seperti surau, masjid,sekolah,homestay,pusat latihan memandu dan sebagainya
                                                            ii.      Ladang ternakan ayam organikberpenghawa dingin
                                                          iii.      Ladang dan tapak memproses telur masin
                                                          iv.      Kilang memproses kerepek dan keropok lekor
                                                            v.      Kilang pembuatan ikan masin
                                                          vi.      Tanaman dan kebun-kebun sayur
  1. Melaksanakan projek pembinaan laman sesawang secara berkala
    1. Penyediaan laporan mingguan bagi setiap minggu 1 hingga 5
    2. Proses pembikinan video Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor
    3. Proses pembinaan laman sesawang menggunakan aplikasi wixisite.com.
    4. Penyediaan dan penulisan maklumat ke dalam laman sesawang http://kampungsungaiyu.wixsite.com/kampungsungaiyu
    5. Memuat turun seluruh laporan akhir ke dalam laman sesawangdan juga blog.
  2. Mempersembahkan hasil kerja projek kepada pensyarah kursus LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat.
  
REFLEKSI

  1. Dapat membentuk sutu pasukan yang hebat dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh pembikinan projek dilakukan melalui semangat berpasukan yang ditunjukkan walaupun berbeza personaliti dan cara pemikiran.
  2. Dapat menjalinkan hubungan dan beramah mesra dengan penduduk kampung serta dapat mengenali personaliti dan gaya hidup orang jawa serta  seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penduduk kampung.
  3. Mendekatkan dan mendedahkan kami sebagai mahasiswa/i dengan masyarakat dan persekitaran luar serta mengajar cara-cara menjalinkan hubungan yang betul dengan dunia luar.
  4. Dapat mengaplikasikan pengetahuan asas berkaitan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya.
  5. Berupaya dan mampu bertindakbalas terhadap isu-isu dan permasalahan yang berkaitan teknologi maklumat dalam dunia kini tanpa sempadan.
  6. Berupaya untuk membudayakan ilmu berkaitan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian dan bidang profesionalisme.


CADANGAN/KOMEN

Kami sangat berpuas hati dan berbangga kerana dapat menjayakan projek ini serta mendapat kerjasama yang sangat baik daripada penduduk Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Harapan kami agar projek pembinaan laman sesawang ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Seterusnya dapat membawa suatu perubahan dan impak yang positif kepada proses pembangunan prasarana kampung sekaligus dapat memperkenalkan kampung tersebut kepada dunia luar dan menjadi daya tarikan utama kepada pelancong luar untuk lebih mendekati dan mengenali tempat-tempat yang menarik dan unik di Malaysia.



PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya projek laman sesawang ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghagaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu menjayakan projek pembinaan laman sesawang ini terutamanya kepada pensyarah kursus LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat iaitu Puan FatinHazwani@Hasidah binti Siran yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menjayakan projek ini. Juga seribu penghargaan dan tahniah kepada ahli-ahli kumpulan kami di atas kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam menjayakan projek pembinaan laman sesawang ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan khas kepada ketua kampung Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor iaitu Encik Muhad Solihi bin Misran kerana sudi meluangkan masa bersama kami untuk ditemuramah dan melayan segala persoalan dan permintaan kami, sebagai tanda penghargaan kami telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada beliau sejurus selepas sesi wawancara selesai. Tidak lupa juga kepada semua penduduk kampung Kampung Sungai Yu yang terlibat kerana sudi meluangkan masa dan memberi kerjasama yg jitu terutamanya kepada Hj.Aris bin Hj Salleh sekeluarga kerana sudi menerima kami sebagai tetamu dengan menyediakan jamuan makan serta membenarkan kami bermalam di teratak beliau yang serba indah dan selesa.