" Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petujuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah jangat disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu.Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."
sudi-sudilah tekan button biru nie yer...
Tuesday, January 31, 2012
DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
" Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petujuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah jangat disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu.Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."
Sunday, January 29, 2012
LIDAH DAPAT MENYATUKAN HATI DAN DAPAT JUGA MEMECAHKAN HATI
Sahabat-sahabat dan anak didikku sekalian....
ketahuilah bahawa lidah adalah anggota tubuh yang paling banyak menyatukan atau menghancurkan ummat, membangun atau merosakkan ummat, dan lidah juga dapat menyatukan atau memecahkan hati. Perkataan yang kotor atau salah yang keluar dari lidah sudah menjadi kebiasaan yg lumrah. Waktu ini kefasidan semakin berada di hadapan..satu perkataan yang baik yang diucapkan oleh lidah pasti dapat menyatukan hati yang pecah. oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. ingatlah sahabat-sahabatku sekalian! Allah s.w.t sentiasa memerhati gerak laku kita dan mendengar setiap ucapan kita.
tersebut di dalam hadis riwayat Tarmidzi: dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya ada seorang lelaki sering mengucapkan perkataan yang dianggapnya remeh dan tidak berdosa, namun ternyata ianya menimbulkan keburukan yang yang sangat besar, sehingga menyebabkannya terjerumus ke dalam neraka selama tujuh puluh tahun....ketahuilah bahawa lidah adalah anggota tubuh yang paling banyak menyatukan atau menghancurkan ummat, membangun atau merosakkan ummat, dan lidah juga dapat menyatukan atau memecahkan hati. Perkataan yang kotor atau salah yang keluar dari lidah sudah menjadi kebiasaan yg lumrah. Waktu ini kefasidan semakin berada di hadapan..satu perkataan yang baik yang diucapkan oleh lidah pasti dapat menyatukan hati yang pecah. oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah kita. ingatlah sahabat-sahabatku sekalian! Allah s.w.t sentiasa memerhati gerak laku kita dan mendengar setiap ucapan kita.
Tuesday, January 24, 2012
MASA ITU EMAS
kadang-kadang kita merungut knp masa berlalu begitu cepat?hampir x sempat nak buat semuanya...tp kita tidak pernah memikirkan masa yg telah Allah kurniakan pd kita.adakah kita telah pergunakan dengan sebaik-baiknya?mmm..di akhir zaman ini memang detik waktu itu terlalu cepat berlalu..ianya memang menakutkan, tanda kiamat sudah terlalu dekat..Ya Allah jauhkanlah aku dari fitnah di akhir zaman ini, masukkanlah aku di dalam golongan yang kau redhoi Ya Allah....Ya Allah lindungilah aku...berikan aku kesempatan untuk memperdekatkan diriku kepadaMu...berikan aku rahmat kasih sayangMu..berikan aku kesabaran di atas setiap ujian yang yang kau berikan....bila di dalam kesempitan, baru teringatkan Yang Esa, tp bila di beri kesempatan aku lalai melupakannya, aku leka, aku lupa.....Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang tetap bersyukur...terima kasih Ya Allah.....
Sunday, January 22, 2012
Tuesday, January 17, 2012
MENCARI KEBERKATAN ILMU
Ilmu yang berkat akan mudah difahami dan diamalkan. walaubagaimanapun ada ketikanya adik-adik susah untuk memahami atau mengingati ilmu yang dipelajari. Untuk mendapat keberkatan ilmu, cuba adik-adik selidiki apakah adik-adik telah memenuhi adab dan amalan yang sewajarnya iaitu:
- menuntut ilmu dalam keadaan berwudhuk
- makan dan minum kerana ibadah, bukan untuk kenyang
- ikhlas beribadat semata-mata kerana Allah s.w.t
- bangun malam untuk bersolat sunat tahajud
- menghormati dan kasih kepada guru adik-adik
Monday, January 16, 2012
AKU SEBAGAI SI 'ALIM
Aku sebagai Si Alim,
tunduk kaku meneliti diri,
malu aku akan hakikat diri,
dipandang insan sebagai berisi,
tapi diri bagai rumah kosong penuh sepi......
Aku sebagi Si 'Alim, punya sijil,
bakal memperolehi diploma dan ijazah tinggi,
ulumul Islam,ulumul Quran. itulah yang diceburi,
berhabis waktu dan wang demi impian suci,
tapi sayang masih buta
dalam mempraktikkan syariah Islam itu sendiri......
dalam mempraktikkan syariah Islam itu sendiri......
Aku sebagai Si 'Alim,
walau mengerti, tapi kadang-kala pura-pura tak mengerti,
masih samar-samar dalam menentukan aurat diri sendiri,
masih buta dalam batas pergaulan dengan insan ajnabi,
masih memandang sebelah mata akan hakikat dosa dan pahala.....
Ya Allah!!! aku sebagai Si 'Alim ( orang-orang yang mengetahui),
memohon agar hidayahmu sentiasa bersama,
dalam menunaikan harta-harta yang terpatri
dalam solat lima waktuku........
dalam solat lima waktuku........
Thursday, January 12, 2012
LATIH TUBI
Arahan: tandakan ( betul ) atau ( salah ) pada kenyataan di bawah:
- Al-Quran diturunkan melalui malaikat Jibril ( )
- Berbual-bual ketika membaca al-Quran ( )
- Membaca al-Quran dengan bertajwid ( )
- Membaca al-Quran mendapat pahala ( )
- Membaca al-Quran dengan mendedahkan aurat ( )
- Membaca al-Quran dengan berwudhuk ( )
- Makan minum ketika membaca al-Quran ( )
- Membaca al-Quran menenangkan jiwa ( )
- Al-Quran adalah kitab suci umat Islam ( )
- Al-Quran mengandungi 25 juzuk kesemuanya ( )
Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai
muhammad s.a.w / memuliakan / kitab / tinggi / wudhuk / kanan
- Al-Quran adalah ___ suci diturunkan kepada nabi ___.
- Kita hendaklah mengambil __ sebelum memegang al-Quran.
- Gunalah tangan ____ ketika membawa dan menyimpan al-Quran.
- Al-Quran hendaklah diletakkan di tempat yang bersih dan ___.
- Sentiasalah _____ al-Quran.
AKIBAT MENGABAIKAN ADAB MEMBACA AL-QURAN
- Mendapat kemurkaan Allah.s.w.t
- Tidak memberi kesan pada hati pembaca
- Tidak dapat memahami isi kandungan al-Quran
- Kurang pahala dan sukar mendapat syafaat al-Quran di akhirat kelak
HIKMAH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERADAB
- Mendapat ganjaran dari Allah s.w.t
- Mendapat keberkatan dan keredhoan Allah s.w.t
- Mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa
- Dapat menghayati ayat-ayat yang dibaca
- Memupuk diri seseorang agar bersifat taqwa
Sunday, January 8, 2012
ZIKIR DAPAT MENCERDASKAN OTAK
Assalamualaikum adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian......kaifa halukum?diharapkan sihat-sihat belaka yer...
Hari nie ana terpanggil untuk kongsikan sedikit ilmu yang baru ana perolehi..x sangkakan setiap amalan dan juga ibadah yang dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w terselit pelbagai rahsia dan juga ramuan penawar buat diri insani yang serba kekurangan dan dhoif dalam menghadapi pancaroba dunia ini....
Nak tahu apa kisahnya??
Mmm....begini, rupa-rupanya zikir-zikir amalan adik-adik seharian dapat mencerdaskan otak dan minda adik-adik...dengan adik-adik mengulangi kalimah-kalimah suci seperti ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR dan sebagainya akan menyebabkan otak adik-adik semakin cergas dan aktif. kajian ini telah dibuktikan secara saintifik.apabila otak bekerja ia sebenarnya menjalankan aktiviti bio-elektrik dan melibatkan sekumpulan saraf yang melaksanakan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan otak berfungsi dengan baik. semua aktiviti yang kita lakukan seperti memahami sesuatu ilmu yang adik-adik perolehi, merupakan kesan daripada aliran bio-elektrik ini. setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak berhubung dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
oleh itu adik-adik,apabila kita berzikir dengan menyebut kalimat-kalimat Allah dengan berulang-ulang kali beberapa kawasan otak akan aktif dan seterusnya aktiviti saraf turut aktif dan akan menambah tenaga bio-elektrik di kawasan saraf otak. apabila otak adik-adik aktif, maka ia akan mula memahami perkara-perkara baru dan menjadi semakin kreatif dan kritis, seterusnya akan mempengaruhi hati untuk menyukai kebenaran dan melakukan kebaikan.......
Jadi sahabat-sahabat dan adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian, apa tunggu lagi? perbanyakkanlah zikir dan bermunajat kepada Allah s.w.t...kita sanggup bermati-matian demi mengejar harta dunia, so....apatahkan lagi untuk harta akhirat ini kan??cayyok.cayyok...
oleh itu adik-adik,apabila kita berzikir dengan menyebut kalimat-kalimat Allah dengan berulang-ulang kali beberapa kawasan otak akan aktif dan seterusnya aktiviti saraf turut aktif dan akan menambah tenaga bio-elektrik di kawasan saraf otak. apabila otak adik-adik aktif, maka ia akan mula memahami perkara-perkara baru dan menjadi semakin kreatif dan kritis, seterusnya akan mempengaruhi hati untuk menyukai kebenaran dan melakukan kebaikan.......
Jadi sahabat-sahabat dan adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian, apa tunggu lagi? perbanyakkanlah zikir dan bermunajat kepada Allah s.w.t...kita sanggup bermati-matian demi mengejar harta dunia, so....apatahkan lagi untuk harta akhirat ini kan??cayyok.cayyok...
Wednesday, January 4, 2012
ERTI SEBUAH KEGAGALAN..........
gagal bukan bereti adik-adik tdk mampu melakukan apa-apa,
gagal bererti adik-adik telah mempelajari sesuatu.
gagal bukan bererti adik-adik memang manusia yang bodoh,
gagal bererti adik-adik telah membuktikan ketekunanmu.
gagal bukan bererti adik-adik dilanda kehinaan,
gagal bererti adik-adik sanggup mencuba.
gagal bukan bererti adik-adik sepatutnya merasa rendah diri,
gagal bererti adik-adik adik-adik manusia yang tak sempurna.
gagal bukan bererti adik-adik memusnahkan kehidupan kalian,
gagal bererti adik-adik telah memulakan hidup baru.
gagal bukan bererti adik-adik harus berputus asa,
gagal bererti adik-adik harus melipat gandakan usaha kalian.
gagal bukan bererti adik-adik tak perlu melakukan apa-apa lagi,
gagal bererti kejayaan menanti kalian..
..........mungkin ini memerlukan sedikit masa lagi, bersabarlah wahai temanku..........
Monday, January 2, 2012
BETAPA SAYANGNYA ALLAH PADA KITA
Salam sayang adik-adik, teman-teman yang mudarrisah kasihi sekalian......hari ni mudarrisah nak kongsikan sedikit ilmu yang mungkin boleh memberikan sedikit motivasi dan kekuatan buat kita semua.
Tahukah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian?
Kasih sayang Allah pada hamba-hambanya tidak ternilai dengan seisi dunia ini......hamba-hamba yang beriman dan patuh pada-Nya akan dihadiahi syurga yang menjadi rebutan umat manusia....Dia tidak akan membiarkan hamba-hambanya menderita, sedih, pilu tanpa membentengi mereka dengan senjata-senjata istimewa anugerahnya......Betapa sayangnya Allah pada kita sehinggakan di dalam al-Quran diselitkan berbagai mutiara-mutiara kata yang memotivasikan kita supaya hamba-hambanya tabah dalam menhghadapi segala cubaan dan pancaroba hidup di dunia ini sebelum menuju ke perhentian yang Abadi........
seringkali kita meluahkan.......
Kenapa aku diuji???
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan???
Kenapa ujian seberat ini???
Eeee......aku frust!!!
Ingatlah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian....
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
Firman Allah s.w.t lagi :
Firman Allah s.w.t lagi :
Firman-Nya lagi :
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman "
So..adakah kita masih nak mempersoalkan kenapa aku masih diuji?? knp aku x dapat apa yang aku nak?? mempersoalkan cubaan ujian yang sedikit itu pada kita dan sokmo-sokmo tension jerrrr......fikir-fikirkan dan renung-renungkan yer.......
seringkali kita meluahkan.......
Kenapa aku diuji???
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan???
Kenapa ujian seberat ini???
Eeee......aku frust!!!
Ingatlah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian....
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. sesungguhnya Dia Maha mengetahui orang-orang yang dusta"
( surah al-Ankabut. ayat: 2-3)
Firman Allah s.w.t lagi :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
( surah al-Baqarah. ayat : 216 )
Firman Allah s.w.t lagi :
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
( surah al-Baqarah. ayat: 286)
Firman-Nya lagi :
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman "
( surah al-Imran. ayat : 139 )
So..adakah kita masih nak mempersoalkan kenapa aku masih diuji?? knp aku x dapat apa yang aku nak?? mempersoalkan cubaan ujian yang sedikit itu pada kita dan sokmo-sokmo tension jerrrr......fikir-fikirkan dan renung-renungkan yer.......
Thursday, December 29, 2011
CEBISAN RENUNGAN
Tidak pernah terlintas dalam fikiranku untuk menjadi seorang pendidik....namun sudah ketetapan yang Maha Esa menentukan hala tuju hidupku....benar sepertimana firman Allah s.w.t : kun fayakun !! aku tetap bersyukur padaMu Ya Rabb....kenikmatan yang kurasai dalam dunia pendidikan dalam mendidik anak bangsa mengenal agamaMu mengetahui kalamMu amat bermakna dari segala kenikmatan dunia ini....
Akanku teruskan perjuangan ini hingga ke titisan darah terakhirku, biarlah berbagai badai datang melanda, akan ku anggap itu semua ujianMu untuk hamba-hambaMu yang dikisihi....Aku hamba yang lemah, tidak terdaya untuk menjadi seperti wali-wali Allah yang terlalu agong ibadahnya....hanya curahan ilmu mampuku serahkan demi bekalan akhiratku....
Tuesday, December 27, 2011
PERNAHKAH ADIK-ADIK TERFIKIR?
Musim sekolah bakal bermula...ibu dan bapa adik-adik sibuk menyediakan segala kelengkapan persekolahan, pakaian seragam, kasut sekolah, beg sekolah, alat-alat tulis, buku teks, buku latihan dan aktiviti dan sebagainya...wang ringgit hasil titik peluh mereka di habiskan demi anak-anak tersayang....namun ibubapa adik-adik x pernah merungut...sanggup berkorban apa saja demi kepentingan anak-anak.
Namun begitu.........bila sekolah mula dibuka, guru dah masuk kelas, guru bagi homework adik-adik masih leka ,alpa dek seronok dapat baju baru, kasut baru, beg baru, alat tulis baru bak kata segalanya serba baru termasuk teman-teman baru.............cikgu mengajar di hadapan adik-adik bersembang di belakang, cikgu bagi homework x pernah disiapkan...bila ditanya?beribu alasan yang diberikan....alangkah sedihnya hancur luluh hati ibubapa adik-adik apabila mereka mengetahui perangai adik-adik yang tidak seperti diharapkan..
Mahukah adik-adik mensia-siakan pengorbanan ibu dan bapa adik-adik?lihatlah , mereka sanggup bersusah-payah, bersengkang mata mencari rezeki demi adik-adik...ketahuilah, setiap keringat titik peluh dan pengorbanan mereka membesarkan adik-adik takkan pernah terbalas walaupun adik-adik menggadai harta selautan dunia sekalipun....
Oleh itu adik-adik......belajarlah bersungguh-sungguh, jangan sia-siakan pengorbanan ibu dan bapa adik-adik...tumpukan perhatian di dalam kelas, adakan jadual waktu seharian, tanamkan cita-cita yang tinggi untuk berjaya..biarlah ibubapa kita menitiskan air mata kerana kejayaan kita bukan kerana kegagalan kita....
Monday, December 26, 2011
SEKADAR RENUNGAN...
Manusia seharian sibuk mengejar cita-cita dunia yang tidak pernah cukup....ada sahaja keperluan terbaru yg diingini setiap hari..memang sudah lumrah kehidupan insan yang bernama manusia...Sedar tidak sedar umur semakin bertambah, detik masa berlalu begitu cepat, dunia semakin lelah...namun kita masih tidak berubah, masih leka dengan kehidupan di dunia...solat 5 waktu semakin tidak sempurna, semakin lalai melambat-melambatkan solat...apatah lagi membuka al-quran dan berzikir....
UNIT ( 2 ) ADAB MEMBACA AL-QURAN
( MADAH KEDUA MUDARRISAH)
PERMULAAN TINTA
Bertemu lagi kita pada madah yang kedua ini. Ketahuilah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian, Al- Quran ialah kalam Allah s.w.t yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.w.a melalui malaikat Jibril secara beransur-ansur. Al-Quran adalah mukjizat yang paling agung dan sesiapa yang membacanya dikira ibadah.Oleh itu, kita hendaklah menjaganya dengan baik. Allah.s.w.t akan memberi keberkatan hidup didunia dan akhirat kepada orang yang mengikuti ajaran Al-Quran...
Sepertimana dalam hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi :
اقرءوا القرءان فإنه يأتى يوم القيامة شفيعا لاصحابه
maksudnya:
'' Bacalah al-Quran! kerana di hari Kiamat ia akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya"
BAHAGIAN ADAB DENGAN AL-QURAN
Adik-adik tahu tak? adab dengan al-Quran ini terbahagi kepada 3 bahagian:
- Adab sebelum membaca al-Quran
- Adab semasa membaca al-Quran
- Adab selepas membaca al-Quran
ADAB SEBELUM MEMBACA AL-QURAN:
- Dalam keadaan suci dan berwudhuk
- Memegang dengan tangan kanan
- Memegang al-Quran pada paras dada dengan tangan kanan
- Menyimpan di tempat bersih dan tinggi
ADAB SEMASA MEMBACA AL-QURAN:
- Membaca dengan khusyuk
- Tidak berbual-bual
- Meninggikan kedudukan al-Quran
- Membaca isti'azah dan basmallah
- Membaca dengan tadwir dan tertil
- Membaca doa dan mengadap qiblat
- Menutup aurat dan berpakaian kemas dan bersih
ADAB SELEPAS MEMBACA AL-QURAN:
- Membaca صدق الله العظيم selepas membaca
- Menutup al-Quran dengan cermat
- Meletakkan semula di tempat yang tinggi
- Mengambil iktibar dan pengajaran dari ayat yang telah di baca
Sunday, December 25, 2011
NASIHATKU BUATMU...
Belajar biar bersungguh..dalam apa jua tugasan yang diberi biar bersungguh...diri x kan rugi sedikit pun...walaupun penat bersengkang mata siang dan malam....namun kejayaan yg bakal diperolehi pengubat segala jerih perih...tiada yang mustahil di atas dunia ini...siapa yang bersungguh pasti dia akan dapat..nasihatku buatmu WAHAI ANAK-ANAK DIDIKKU
Thursday, December 22, 2011
CIRI-CIRI PELAJAR CEMERLANG
Mmm.....pelajar cemerlang?Adik-adik nak jadi tak seperti adik Nik Nur Madihah kita yang telah mengejutkan kita semua dengan mendapat 20A dalam SPM?siapa sangkakan? anak seorang nelayan yang hidup serba kekurangan mampu meraih keputusan sehebat itu....Antara amalan dan sikap yang diamalkan beliau ialah:
- Menjaga hubungan dengan Allah s.w.t
- Menjaga hubungan dengan manusia
- Mengutamakan pelajaran
- Meningkatkan kemahiran diri
- Prinsip diri
Monday, December 19, 2011
Saturday, December 17, 2011
UJI MINDA
Cuba adik-adik jawab soalan di bawah mengikut kefahaman sendiri.......
- Apakah yang adik-adik faham mengenai pengertian menuntut ilmu?
- Apakah hukum menuntut ilmu ke atas seorang muslim?
- Senaraikan kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu?
- Senaraikan akibat mengabaikan adab ketika menuntut ilmu?
- Adakah benar Allah s.w.t merahmati orang-orang yang keluar menuntut ilmu?
SELAMAT MENJAWAB....
Friday, December 16, 2011
KEUTAMAAN MENGAJAR DAN BELAJAR ILMU
Ketahuilah adik-adik dan sahabatku sekalian.....
- Mempelajari ilmu kerana Allah s.w.t merupakan suatu kebaikan
- Menuntut ilmu merupakan suatu ibadah
- Mengkajinya merupakan tasbih
- Membahasnya merupakan Jihad
- Mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya merupakan sedekah
- Mendermakannya kepada ahlinya merupakan amal yang mendekatkan diri kepada Allah.s.w.t
" Manusia yang paling dekat dengan darjat kenabian adalah ahli ilmu dan ahli jihad. Ahli ilmu menunjukkan ,manusia kepada sesuatu yang dibawa oleh para rasul, sementara ahli jihad berjihad dengan pedang mereka berdasarkan sesuatu ( tuntutan) yang dibawa oleh para rasul"
( Hadis Riwayat Dzahabi)
Thursday, December 15, 2011
MUHASABAH DIRI
Adik-adik yang mudarrisah sayangi.....menuntut ilmu itu sangat penting dalam kehidupan seorang muslim...oleh itu adik-adik hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh ....adik-adik mesti ingat, sebelum memulakan sebarang pekerjaan hendaklah dimulai dengan doa dan sentiasa menjaga adab-adab menuntut ilmu supaya mendapat keberkatan.....dan yang paling penting jangan banyak bermain ketika belajar....
Wednesday, December 14, 2011
KITA SAMBUNG LAGI
Hai adik-adik yang mudarrisah sayangi......bertemu lagi kita pada hari ini...jom kita sambung lagi tajuk yang telah kita pelajari dulu......
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU
PERBUATAN YANG DILARANG KETIKA MENUNTUT ILMU
AKIBAT MENGABAIKAN ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
KEPENTINGAN MENUNTUT ILMU
- Mendapat keredhoaan Allah s.w.t
- Berniat untuk membela agama
- Meninggikan darjat seseorang
- Menjadi seorang yang berjaya
- Membentuk akhlak yang mulia
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari
PERBUATAN YANG DILARANG KETIKA MENUNTUT ILMU
- Membantah arahan guru
- Tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar
- berpakaian tidak sopan ketika berhadapan dengan guru
- Tidak menghormati guru sama ada di dalam atau di luar kelas
AKIBAT MENGABAIKAN ADAB KETIKA MENUNTUT ILMU
- Dibenci oleh guru dan rakan
- Tidak mendapat kejayaan yang cemerlang
- Sukar mendapat pertolongan daripada guru
- Ilmu yang diperolehi tidak diberkati oleh Allah s.w.t
- Dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah
Tuesday, December 13, 2011
PERMULAAN TINTA (UNIT 1)
KAIFA HAALUKUM adik-adik semua? diharapkan semuanya sihat- sihat belaka dan bersemangat untuk menerokai madrasah ilmu di sini......KETAHUILAH adik-adik, akhlak yang paling mulia dan harus dicontohi adalah akhlak Junjungan Besar kita Nabi Muhammad s.w.a....Oleh itu, kita harus mempelajari ilmu akhlak untuk memperbaiki dan menyempurnakan akhlak kita sepertimana akhlak Baginda....JOM!!!..Seronoknya Kita Dapatkan Ilmu di sini......
( MADAH PERTAMA MUDARRISAH)
MENUNTUT ILMU
TAHUKAH ADIK-ADIK YANG MUDARRISAH KASIHI SEKALIAN....ILMU itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. ILMU diibaratkan seperti cahaya yang boleh memberi petunjuk dan menyelesaikan segala masalah adik-adik. DENGAN ILMU manusia menjadi mulia dan berjaya di dunia & akhirat.
PENGERTIAN MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu ialah berusaha menghilangkan kejahilan diri.
HUKUM MENUNTUT ILMU
Menuntut ilmu hukumnya wajib.
ADAB MENUNTUT ILMU
- Sentiasa mengikut arahan guru.
- Duduk dengan sopan.
- Memberi sepenuh tumpuan ketika di dalam kelas.
- Mengingati jasa-jasa guru.
- Menghormati guru.
- Tidak membuat bising
- Meminta izin ketika keluar kelas.
DOA MENUNTUT ILMU
Monday, December 12, 2011
TIPS PELAJAR CEMERLANG
pelajar yang cemerlang mahir dengan strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan dan sentiasa tekun belajar
SALAM PERKENALAN
Ku mulai blog ini dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, salam perkenalan buat sahabat-sahabat dan juga semua anak didikku yang tersayang.
Subscribe to:
Posts (Atom)






