sudi-sudilah tekan button biru nie yer...

Monday, January 30, 2017

PROPOSAL PROJEK



PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG KAMPUNG SUNGAI YU
LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

LMCR 2273
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT

PROPOSAL
Projek Penciptaan Laman Sesawang Di
Kampung Sungai Yu,Kuala Selangor

TARIKH
24November2016

TEMPAT
Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor , 45000 Selangor Darul Ehsan

ANJURAN
Mahasiswa/I Tahun 3
Kursus LMCR 2273 : Apresiasi Teknologi Maklumat dengan Kerjasama
Penduduk Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor

                                                      TAJUK                                   
Laman Sesawang Maju, Kampung Sungai Yu


----------------------------------------------------


PROPOSAL
PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
(LMCR 2273 APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

1.0 PENGENALAN 
Projek pembangunan laman sesawang ini merupakan projek utama bagi kursusApresiasi Teknologi Maklumat (LMCR2273) kepada mahasiswa/i yang mengikuti  program Pusat Citra Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahasiswa hendaklahmembuat laporan berkenaan projek yang telah dilaksanakan.Projek yang telah dirancangialah pembangunan laman sesawang di kawasan Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor.Projek ini telah dibimbing oleh pensyarah kami iaitu, Pn. FatinHazwani@Hasidah binti Siran. Projekyang dijalankan ini bertujuan untuk membantu masyarakat di Kampung Sungai Yu dalam mempromosikan kampungtersebut.Selain itu, penglibatan mahasiswa dalam projek pembangunan laman sesawangdapatmembantu meluaskan jaringan perhubungan dengan masyarakat tamanperumahan terbabit. Malahan, mahasiswa dapat menguasai kemahiran asas dalamaspek teknologi maklumat dengan baik.Pembinaan laman sesawang ini dapat membantu orang ramai memperolehimaklumat mengenai Kampung Sungai Yu dengan mudah serta menjadi titikperhubungan dengan masyarakat luar.



2.0 MATLAMAT PROJEK
            Kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan mahasiswa menjalankan satu khidmat sosial kepada masyarakat. Kerja-kerja kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna berdasarkan perancangan yang bersistematik sudah pasti akan menghasilkan impak dan hasil yang positif terutama kepada mahasiswa/i. Hal ini kerana, mahasiswa/i adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, mahasiswa/i harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosialisasi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Untuk mencipta laman sesawangbagi  memperkenalkan Kampung Sungai Yu

3.2 Untuk mengumpul maklumat tentang latar belakang Kampung Sungai Yu

3.3 Untuk membangunkan Kampung Sungai Yu dengan mendedahkan maklumat keistimewaanya kepada masyarakat luar sekali gus mempromosikan kepada satu dunia.

4.0 MAKLUMAT 
Nama Projek   : Projek Pembangunan Laman SesawangKampung Sungai Yu

Tarikh Projek    : 24 November 2016 (Khamis)

Masa projek     : 9 pagi hingga 6.00 petang

Tempat projek: Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor

Anjuran           : Mahasiswa LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat Universiti
Kebangsaan Malaysia
.
Ahli Projek   : Lima orang mahasiswa LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia.



5.0 JAWATANKUASA INDUK & AHLI JAWATANKUASA
RUJUK LAMPIRAN A

6.0 SENARAI TUGAS
RUJUK LAMPIRAN B

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN & BELANJAWAAN
RUJUK LAMPIRAN C

8.0 CARA MENDOKUMENTASIKAN & MEREKODKAN PROJEK

Semua bahan yang digunakan sebelum, semasa dan selepas projek ini yang telahdilaksanakan akan dikumpulkan dan didokumentasikan dalam bentuk laporan,berurutan mengikut sesi perjumpaan bersama ahli kumpulan .Setiap projek bagi pembangunan laman sesawang perlulah dirancang dengan teliti serta dilaksanakan berdasarkan keperluan dan matlamat yang jelas. Melalui perancangan yang terperinci sahaja setiap projek yang dilaksanakan akan menghasilkan impak yang berguna. Untuk setiap perancangan dalam menghasilkan projek pembangunan laman sesawang perlulah mengambil kira setiap aspek.


9.0 HUBUNGI 

Segala maklumat lanjut, penerangan atau pertanyaan ,sila hubungi

Norsuriyani Binti Aris
Pengarah Projek Penciptaan Laman Sesawang,
            Apresiasi Teknologi Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
Selangor Darul Ehsan.
No. Tel : 013-2517381







10.0 PENUTUP
Oleh itu dengan kerjasama dari pihak tuan/puan, pihak kami berharap agar proposal ini mendapat kelulusan daripada pihak tuan/puan.Kami memberikan harapan yang tinggi kepada pihak tuan/puan agar projek yang kami rancang ini dapat berjalan dengan lancar.Akhir kata, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada penasihat kami, Puan FatinHazwani@Hasidah binti Siran kerana sudi meluangkan masa dengan kami dan memberikan tunjuk ajar serta nasihat kepada kami mengenai projek yang bakal kami jalankan ini. Jutaan terima kasih juga kepada pihak tuan/puan kerana dapat meluangkan sedikit masa untuk meluluskan kertas kerja kami ini.Sekian.




Disediakan oleh,


…………………….
NORSURIYANI BINTI ARIS
Pengarah Projek Pembangunan Laman Sesawang,
Apresiasi Teknologi Maklumat ,
Universiti Kebangsaan Malaysia.


Disahkan oleh,


……………………...
PUAN FATIN HAZWANI BINTI SIRAN
Pensyarah,
Apresiasi Teknologi Maklumat,
Universiti Kebangsaan Malaysia.



LAMPIRAN A


STRUKTUR ORGANISASI
PENCIPTAAN LAMAN SESAWANG KAMPUNG SUNGAI YU
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Pensyarah Pengiring                   : Puan FatinHazwani Binti Siran

Pengarah Program                      : Norsuriyani Binti Aris

Setiausaha                                  : Nor Afiqah Binti Abdullah Zawawi

Bendahari                                  : Siti Asma Binti Jamaludin

Logistik                                     : Nur Farihatussolehah binti Arif  Ambia

Tugas-tugas Khas                     : Nabilah Binti Khusairi


AHLI JAWATANKUASA

Bahagian Kreativiti Dan Penulis   : Norsuriyani Binti Aris
Laman Sesawang

Fotografi &Pendokumentasikan    : Nor Afiqah Binti Abdullah Zawawi

Pengumpulan Maklumat Dan
Laporan                                           : Siti Asma Binti Jamaludin
                                                         : Nabilah Binti Khusairi

Pengangkutan & Logistik                : Nur Farihatussolehah Binti Arif  
Ambia



LAMPIRAN B

PEMBAHAGIAN TUGAS

BIL.
JAWATANKUASA
AJK
TUGAS
1.
Kreativiti dan penulis laman sesawang
Norsuriyani Binti Aris
-membina laman sesawang
-menulis inti pati di dalam laman sesawang
-merekabentuk dan memuatnaik gambar
2.
Fotografi &Pendokumentasian
Nor Afiqah Binti Abdullah Zawawi
-mengambil gambar di sekitar kampung Sungai Yu
-menulis di laman sesawang mengenai Kampung Sungai Yu
3.
Pengumpulan maklumat & laporan
Siti Asma Binti Jamaludin


Nabilah Binti Khusairi
-menyediakan laporan & maklumat, mengenalpasti, mengumpulkan sumber
-menghubungi AJK persatuan Kampung Sungai Yu.
-mendapatkan maklumat mengenai Kampung Sungai Yu.
4.
Pengangkutan & Logistik
Nur Farihatussolehah Binti Arif Ambia
-menguruskan pengangkutan untuk membawa ahli jawatankuasa pergi & balik.
-menguruskan penyediaan laporan refleksi kumpulan.





LAMPIRAN C

ANGGARAN PERBELANJAAN DAN BELANJAWAAN

JUMLAH ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.
PERKARA
RM

1.
Pengangkutan
Tambang (10×5)
RM 50.00



JUMLAH
RM 50.00



JUMLAH ANGGARAN PENDAPATAN

BIL.
PERKARA
RM

1.
Yuran Kutipan
Ahli Kumpulan (20×5)

RM 100.00


JUMLAH
RM 100.00





No comments:

Post a Comment