sudi-sudilah tekan button biru nie yer...

Monday, January 30, 2017

LAPORAN MINGGUAN


LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 1
Nama Kumpulan:PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
KAMPUNG SUNGAI YU, KUALA SELANGOR
1. Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
NORSURIYANI BINTI ARIS

NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI

SITI ASMA BINTI JAMALUDIN

NABILAH BINTI MOHD KUSAIRI

NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA
2. Berikan butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
19 November 2016- Kuliah pertama bagi subjek Apresiasi Teknologi Maklumat         (LMCR 2273) telah diadakan.Semasa kelas berlangsung, pensyarah kami iaitu Puan FatinHazwani@Hasidah bintiSiran telah menerangkan mengenai tugasan untuk membina laman sesawang bagi Kampung dan Taman Perumahan.Kami telah mengadakan perbincangan di masjid UKM bagi membincangkan tentang lokasi projek yang hendak dipilih. Setelah berbincang, kami memutuskan untuk memilih Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor sebagai kawasan projek kami. Kami juga telah menghubungi Ketua Kampung Sungai Yu untuk mendapatkan kepastian bahawa tiada pelajar daripada kursus ini memilih kawasan yang sama.
Kami membuat perbincangan untuk melaksanakan penulisan kertas kerja projek dan surat kebenaran. Hal ini kerana mahasiswa yang ingin melakukan projek di luar kawasan kampus perlu membawa surat kebenaran daripada pensyarah supaya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kami telah melaksanakan rangka dan penulisan kertas kerja serta menyiapkan kertas kerja tersebut di Masjid UKM.Akhir sekali,kami telah melakukan pembahagian tugasan untuk memudahkan lagi perjalanan projek pembangunan laman sesawang ini di samping dapat menjimatkan masa dan tenaga. 


LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 2
Nama Kumpulan:PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
KAMPUNG SUNGAI YU, KUALA SELANGOR
1. Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
NORSURIYANI BINTI ARIS

NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI

SITI ASMA BINTI JAMALUDIN

NABILAH BINTI MOHD KUSAIRI

NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA

2. Berikan butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
23 November 2016 – kami telah menetapkan tarikh untuk mengumpulkan maklumat projek laman sesawang  dan berbincang tentang pengangkutan untuk ke Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor yang mengambil masa kira-kira dua jam perjalanan dari UKM Bangi. Kami telah memutuskan untuk menaiki kereta dan bertolak ke Kampung Sungai Yu pada jam 8.00 pagi. Kami juga telah membincangkandana yang diperlukan untuk perjalanan dan sedikit cenderahati untuk diberikan kepada Ketua Kampung.
Selain itu, kami juga telah mengumpulkan soalan-soalan yang akan ditanya kepada Ketua Kampung dan menemu ramah penduduk yang paling awal menetap di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.



LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 3
: PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
 KAMPUNG SUNGAI YU, KUALA SELANGOR

1. Makluman Ketua dan ahli-ahli kumpulan
NORSURIYANI BINTI ARIS

NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI

SITI ASMA BINTI JAMALUDIN

NABILAH BINTI MOHD KUSAIRI

NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA

2. Berikan butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
29 November 2016 – Kami berkumpul di Masjid Negara dan bergerak ke lokasi pada jam 8.00 pagi. Kami tiba di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor pada jam 10.30 pagi, agak lambat sedikit dari perancangan awal disebabkan kesesakan lalu lintas dan pengetahuan yang kurang berkenaan jalan di lalui ke Kuala Selangor.
Kami telah mengadakan pertemuan secara tidak formal dengan ketua kampung bagi sesi temu bual untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang Kampung Sungai Yu Kuala Selangor.Sepanjang sesi temu bual tersebut, kami telah menyediakan peralatan seperti alat perakam video dan audio untuk merakam perbualan antara ahli kumpulan kami bersama ketua kampung.Selain itu, kami juga telah menemu bual penduduk yang terawal menetap di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Sesi temu bual tersebut diadakan selama 2 jam dan di akhir pertemuan, kami telah memberi sedikit cenderahati sebagai tanda ingatan dan penghargaan kami buat Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.

Akhirnya, kami juga  telahmeminta kebenaran Ketua Kampung untuk membuat eksplorasi dan melakukan pendokumentasian dalam bentuk gambar dan video pendek di sekitar kawasan kampung berkenaan untuk melihat segala kemudahan serta infrastruktur yang dikatakan oleh ketua kampung melalui hasil temu bual.


LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 4
Nama Kumpulan: PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
 KAMPUNG SUNGAI YU, KUALA SELANGOR
1. Makluman ketua dan ahli-ahli kumpulan
NORSURIYANI BINTI ARIS

NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI

SITI ASMA BINTI JAMALUDIN

NABILAH BINTI MOHD KUSAIRI

NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA

2. Berikan butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan

17  Disember 2016- Kami telah mengadakan perjumpaan buat kali yang keempat untuk mengumpul dan mengemaskinikan kesemua maklumat yang kami perolehi  serta gambar yang kami ambil bagi tujuan pendokumentasian. Kesemua maklumat yang kami perlukan disusun mengikut keperluan untuk menjimatkan masa serta memudahkan kerja semasa membangunkan laman web nanti.

19 Disember 2016-  Setelah segala maklumat dikumpul dan dikemaskini, kami mula membangunkan laman sesawang. - Kami telah bersetuju untuk membina laman sesawang menggunakan aplikasinwixsite. Pembangunan laman sesawang melibatkan sumbangan idea daripada kesemua ahli kumpulan.
Kami mengambil masa kira-kira 2 minggu untuk menyiapkan laman web tersebut bagi memenuhi semua kriteria-kriteria yang diperluakanbagi membina laman sesawang ini dan ini merupakan pengalaman pertama kami dalam menghasilkan laman sesawang.
1 Januari 2017 – Kami melakukan sedikit penambahbaikan terhadap laman sesawang yang telah dibangunkan untuk Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor agar kelihatan lebih berinformasi dan tersusun sebelum melakukan pembentangan.Kami juga telah mengumpulkan semua gambar dan video pendek yang telah kami ambil semasa eksplorasi kampung untuk didokumentasikan dalam bentuk video.


LAPORAN KUMPULAN KURSUS LMCR2273
LAPORAN NO 5
Nama Kumpulan: PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
KAMPUNG SUNGAI YU, KUALA SELANGOR
1. Makluman ketua dan ahli-ahli kumpulan
NORSURIYANI BINTI ARIS

NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI

SITI ASMA BINTI JAMALUDIN

NABILAH BINTI MOHD KUSAIRI

NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA

2. Berikan butiran aktiviti/ perbincangan kumpulan
15 Januari 2017-Kuliah kedua bagi subjek Apresiasi Teknologi Maklumat (LMCR 2273) telah diadakan.Kumpulan kami telah membentangkan projek yang telah kami siapkan dengan persediaan yang rapi.Semasa kelas berlangsung, pensyarah kami iaitu Puan FatinHazwani@Hasidah bintiSiran telah memberi komen yang memberansangkan dan memberi tunjuk ajar supaya laman web yang kami bina dilakukan penambahbaikan agar lebih tersusun  dan lebih menarik.
Selepas kuliah berakhir, pada waktu petangnya, kami mengadakan perbincangan untuk membaiki laman web seperti yang diulas oleh pensyarah.Kami membahagikan tugas untuk memudahkan lagi menyiapkan laman web dan membahagikan juga tugas-tugas untuk membuat laporan mingguan serta laporan akhir. Kumpulan kami bersetuju untuk mengumpulkan semua maklumat pada hari sabtuakan datang iaitu pada 21 Januari 2017.
21 JANUARI 2017- Setelah semua laporan mingguan dan laporan akhir telah disiapkan, kami mengumpulkan semua bahan kepada ketua kumpulan untuk proses pengumpulan segala tugasan yang telah dilaksanakan agar kesemuanya dapat diseragamkan sebelum di hantar kepada pensyarah selewat-lewatnya pada 31 Januari 2017.

No comments:

Post a Comment