PROJEK PEMBANGUNAN LAMAN SESAWANG
(LAPORAN AKHIR PROJEK)
LMCR2273 :
APRESIASI TEKNOLOGI MAKLUMAT
NAMA PENSYARAH :
PUAN FATIN HAZWANI@HASIDAH BINTI SIRAN
19 NOVEMBER 2016 - 15
JANUARI 2017
NAMA
|
NO. MATRIK
|
NORSURIYANI BINTI ARIS
|
GB02457
|
NOR AFIQAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI
|
GB02456
|
SITI ASMA BINTI JAMALUDUN
|
GB02460
|
NABILAH BINTI KUSAIRI
|
GB02454
|
NUR FARIHATUSSOLEHAH BINTI ARIF AMBIA
|
GB02417
|
Tema :
Tema bagi pelaksanaan projek bagi kursus LMCR2273 Apresiasi Teknologi
Maklumat ialah untuk membangun dan memperkenalkan Kampung Sungai Yu
dengan mendedahkan maklumat keistimewaan kampung kepada masyarakat.
Nama Projek :
Nama projek
yang telah dipilih dan ditetapkan oleh ahlikumpulan ialah Projek Pembinaan Laman
SesawangKampung Sungai Yu. Ahli kumpulan telah memilih Kampung Sungai Yu ,45000 Kuala
Selangor sebagai kawasan untuk projek ini dilaksanakan.
Tempoh
Pelaksanaan Projek:
Projek ini akan dijalankan selama lebih kurang sepuluh
minggu bermula dari tanggal 19 November 2016 minggu pertama sehingga 19
Disember 2016 minggu kesepuluh.
Ahli Kumpulan :
Projek ini
diketuai olehNorsuriyani binti Aris dibantu oleh empat orang rakan yang turut
mengambil kursus ini dalam menjayakan Program Pembinaan Laman Seasawang untuk
memperkenalkan Kampung Sungai Yu ,45000 Kuala Selangor kepada masyarakat.
Ahli Kumpulan:
Pengarah Program : Norsuriyani Binti Aris
Setiausaha : Nor Afiqah Binti Abdullah Zawawi
Bendahari : Siti Asma Binti Jamaludin
Logistik : Nur Farihatussolehah binti Arif Ambia
Tugas-tugas Khas : Nabilah Binti Khusairi
Projek ini diadakan pada:
Tarikh: 19November 2016
Hari: Khamis
Tempat: Kampung Sungai Yu, 45000 Kuala Selangor
Pada hari Khamis 19 November 2016 yang lalu, kami mahasiswi Kursus
LMCR2273 Apresiasi Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
telah mengadakan satu projek lawatan ke Kampung Sungai Yu bagi mencipta satu
laman web khusus untuk memperkenalkan Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Projek
ini disertai oleh lima orang mahasiswi .Tujuan utama projek ini diadakan adalah
untuk memperkenalkan Kampung Sungai Yu kepada masyarakat luar.
Nama
AJK
NorsuriyaniBt
Aris
Tugas-Tugas
Sebelum Program
Melihat contoh-contoh laman web yang
sedia ada di media sosial untuk mendapatkan idea dalam membina laman sesawangyang
berkesan dan bermanfaat.Menentukan cara persembahan pembuatan video, penggunaan
muzik dan ilustrasi gambar yang sesuai bagi menarik minat masyarakat yang ingin
mengetahui maklumat lanjut berkenaan Kampung Sungai Yu serta mendapatkan maklumat
dari pelbagai sumber seperti media sosial dan temu ramah warga Kampung Sungai
Yu.
Tugas-Tugas
Semasa Program
Mencari
keistimewaan yang terdapat di Kampung Sungai Yu untuk dihebahkan kepada
masyarakat umum melalui video dan laman sesawang.Mempelajari beberapa jenis website
yang boleh digunakan untuk membuat laman sesawang tanpa perlu membayar cas
kepada pihak tertentu.
Tugas-Tugas Selepas Program
Mengumpulkan maklumat terperinci dari ahli kumpulan dan menentukan
cara persembahan pembuatan laman sesawang.Membina laman sesawang menggunakan
aplikasi wixsitesertamembuat video laman sesawang menggunakan aplikasi movie
maker.Memuatnaik video ke dalam saluran youtube.Mempromosikan
kemunculan video yang telah dimuatnaikkan di saluran youtube.
Nama AJK
Nor
Afiqah binti Abdullah Zawawi
Antara tugas yang diamanahkan kepada AJK fotografi ialah mengambil
gambar dan video sepanjang program berlangsung,menyediakan salinan lembut (softcopy)untuk
dihantar sebagai laporan,mengumpul laporan dokumentasi untuk dimasukkan ke
dalam laporan akhir projek.Sebelum program berlangsung,kami telah mengadakan
mesyuarat untuk semua ahli kumpulan sebanyak dua kali. Antara objektif
mesyuarat adalah pembahagian tugas dan juga perkembangan tugas masing-masing
dari semasa ke semasa.Saya ditugaskan untuk mengambil gambar dan video
sepanjang program. Saya bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat
para ahli yang terlibat dalam bentuk foto dan video.Secara keseluruhannya,
tugas-tugasfotografi telah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.
Tugas–tugas sebelum projek:
-perbincangan telah dilakukan antara AJK bagi membahagikan tugas
kepada setiap ahli.
-kami menyediakan peralatan fotografi iaitu kamera.
Tugas–tugas semasa projek :
Semasa program berlangsung, saya bertanggungjawab untuk merakam
segala aksi dan gelagat para pelajar yang terlibat samaada dalam bentuk foto
dan video. Kemudian, foto–foto ini perlu didokumentasikan di dalam laporan
selepas program.
Tugas–tugas selepas projek:
Kami telah menghasilkan video program untuk disempurnakandi dalam keseluruhan
laporan.
Masalah yang dihadapi :
Setibanya kami di sana, ahli yang hadir adalah seramai empat orang
dan kami terpaksa menunggu seorang lagi
ahli sebelum pergi ke Kampung Sungai Yu. Hampir dua jam menunggu kehadiran
seorang ahli yang terakhir namun akhirnya seorang ahli tersebut gagal hadir
disebabkan masalah pengangkutan. Selain itu, masalah lain yang kami hadapi
ialah kami hanya mempunyai satu kamera Canon sahaja untuk mengambil gambar
ketika projek berlangsung dan kami mengambil inisiatif dengan menggunakan
kamera telefon untuk mengambil gambar ketika projek berlangsung.
Antara tugas yang diberikan :
Mengambil gambar di sekitar Kampung Sungai Yu serta menulis di
laman sesawang mengenai Kampung Sungai Yu .
Penambahbaikan masalah :
Pada masa akan datang, mahasiswa/i yang terlibat perlu datang lebih
awal dari masa yang ditetapkan dan sebagai AJK fotografi perlu menyediakan
sekurang-kurangnya dua kamera bagi memudahkan AJK lain membantu dalam sesi
pengambilan gambar .
Nama AJK:
Siti Asma Binti Jamaludin
Tugas-tugas sebelum program:
Memungut yuran perbelanjaan dan memastikan ahli kumpulan membayar yuran
tersebut, mengumpul senarai keperluan dan perbelanjaan yang diperlukan.Menyedia
dan membentang penyata kewangan dalam mesyuarat.
Tugas-tugas semasa program:
Mengagihkan wang kepada pihak yang berkenaan
mengikut perbelanjaan.
Tugas-tugas selepas program :
Membuat pengiraan jumlah perbelanjaan dan baki yang
tinggal dan menghantar laporan penyata kewangan kepada setiausaha.
Laporan Perbelanjaan:
·
Yuran sebanyak RM 20.00 dikenakan kepada setiap ahli kumpulan
·
Jumlah dana sebanyak RM 100.00
·
Jumlah perbelanjaan :
o
Pengangkutan ( minyak kereta ) RM 50.00 + ( tol ) RM 15.00
o
Cenderamata ketua kampung RM 20.00
o
Fotostat RM 15.00
JUMLAH PERBELANJAAN DAN
BELANJAWAAN
JUMLAH PERBELANJAAN
BIL.
|
PERKARA
|
RM
|
1.
2.
3.
|
Pengangkutan
- Minyak kereta pergi dan balik
- Tol perjalanan
Cenderamata ketua kampung
Fotostat
|
RM
50.00
RM 15.00
RM 20.00
RM 15.00
|
JUMLAH
|
RM
100.00
|
JUMLAH PENDAPATAN
BIL.
|
PERKARA
|
RM
|
1.
|
Yuran
Kutipan
Ahli
Kumpulan (20×5)
|
RM
100.00
|
JUMLAH
|
RM 100.00
|
Nama
AJK
Nabilah
Binti Mohd Kusairi
Tugas-Tugas
Sebelum Program
Mengadakan perbincangan untuk memilih
tempat projek laman sesawang,menyediakan surat untuk membuat lawatan dan kajian
ke tempat projek laman sesawang.Menghubungi ahli jawatankuasa persatuan Kampung
Sungai Yu untuk menetapkan tarikh yang sesuai dalam proses pembuatan laman
sesawang serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai Kampung Sungai Yu.
Tugas-Tugas Semasa Program
Melihat
keistimewaan dan tempat-tempat menarik di Kampung Sungai Yu,memastikan
keselamatan dan kebersihan ahli kumpulan sentiasa dijaga semasa kerja lapangan dilaksanakan.Mencari
maklumat tambahan mengenai Kampung Sungai Yu dan mengadakan temu bual bersama
Ketua Kampung dan penduduk kampung.
Tugas-Tugas Selepas Program
Mengumpulkan
maklumat dari ahli kumpulan serta membantu ahli kumpulan dalam menyiapkan tugasan
seperti membuat laman web dan video serta membuat laporan akhir tugasan.
Nama AJK
Nur FarihatussolehahBt Arif Ambia
Tugas-Tugas Logistik:
Sebelum projek penciptaan laman sesawang Kampung Sungai Yu
berlangsung 29 November 2016, ahli kumpulan kami telah pergi ke Kampung Sungai
Yu untuk berjumpa Ketua Kampung bagi menghantar kertas kerja kami sebelum
melaksanakan projek secara kajian lapangan.
Selain itu, menyediakan makanan kepada ahli kumpulan dan menjaga
kebajikan ahli kumpulan semasa projek laman sesawang dijalankan. Kami juga dapat
menjimatkan kos dengan adanya salah sebuah keluarga dari penduduk kampung
tersebut yang sudi menerima kami sebagai tetamu dan memberi penginapan selama
kami berada di sana untuk mendapatkan maklumat berkenaan Kampung Sungai Yu.
Selanjutnya, menyediakan pengangkutan pada 29 November pergi dan balik pada 30 November
dengan menaiki sebuah kereta kepada ahli
kumpulan dan peranan AJK logistik juga menyediakan sedikit cenderamata kepada
para penduduk yang terlibat terutamanya Ketua Kampung yang banyak membantu
dalam memberi maklumat dan data berkenaan Kampung Sungai Yu sekaligus
menyempurnakan projek laman sesawang kumpulan kami.
Sumber Personal
Yang Terlibat :
Sumber personal
yang terlibat bagi memastikan projek ini berjalan lancar dan teratur dengan
dipenuhi informasi adalah dengan bantuan
daripadaEn. MuhadSolihi bin Misran selaku ketua kampung bersama Hj. Aris
bin Hj. Salleh yang merupakan JKKK
Kampung Sungai Yu.
Organisasi
Terlibat :
Organisasi yang
terlibat dalam projek ini adalah penduduk Kampung Sungai Yu,Kuala Selangor.
CARTA
ORGANISASI
Ketua Kampung : Encik MuhadSolihi
bin Misran
Setiausaha : Mohd Zamri bin Jaya
Bendahari : Zaaba bin
Husin
JKKK: Hj. Mohd Tasrib bin Jayus
: En. Jamsari bin Zainuddin
: Hj. Aris bin Hj. Salleh
MATLAMAT
Kertas
kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan
mahasiswa menjalankan satu khidmat sosial kepada masyarakat. Kerja-kerja
kemasyarakatan sekiranya dilaksanakan dengan sempurna berdasarkan perancangan
yang bersistematik sudah pasti akan menghasilkan impak dan hasil yang positif
terutama kepada mahasiswa/i. Hal ini kerana, mahasiswa/i adalah pembina
generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada
masyarakat. Justeru, mahasiswa/i harus mampu menyesuaikan diri dalam semua
keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan
sosialisasi.
OBJEKTIF
1)
Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada
komuniti serta mendekatkan diri kepada masyarakat.
2)
Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan
nilai individu yang positif.
3)
Merancanag, melaksana , memimpin program, bekerjasama dan mengambil
peranan secara aktif dalam kumpulan.
4)
Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya lain di tempat orang,
bantu membantu sesama masyarakat dan orang ramai.
PERANCANGAN
Penyediaan proposal akan dibuat terlebih dahulu bagi memudahkan projek
ini berjalan dengan lancar. Perjumpaan akan dilakukan dengan ahli kumpulan bagi
memastikan setiap ahli kumpulan tahu akan tugas masing-masing dan berupaya
melaksanakannya mengikut kemahiran masing-masing. Antaranya, menyediakan surat
kebenaran bagi membolehkan menemuramah tok penghulu dan pengurus pengusaha
industri kecil dapat dijalankan. Menubuhkan blog, laman sesawang dan video bagi
projek Apresiasi Teknolgi Maklumat.Selain itu, menyediakan jurnal refleksi
serta segala matlumat, data, gambar dan rakaman dimuatnaik dalam laman
sensawang, video dan blog.Akhir sekali, penyediaan laporan akhir untuk dihantar
kepada pensyarah kursus.
PERLAKSANAAN
PROJEK
1)
Membuat proposal projek penciptaan laman sesawang
2)
Membincangkan tajuk projek yang sesuai
3)
Membincangkan lokasi projek yang sesuai
4)
Membincangkan kebaikan dan keburukan serta penarik lokasi projek
5)
Membentuk jawatankuasa projek dengan melibatkan semua ahli kumpulan
6)
Membincangkan perbelanjaan ahli kumpulan pergi dan balik
7)
Mendapatkan surat kebenaran dari pensyarah
8)
Mengenal pasti individu atau pihak yang terlibat untuk kebenaran tempat projek antaranya Ketua
Kampung Sungai Yu dan penduduk Kampung Sungai Yu yang terlibat serta pengurus
perusahaan kecil.
9)
Membincangkan kos perbelanjaan projek
10)
Membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan seperti yang
berikut:
PEMBAHAGIAN TUGAS
BIL.
|
JAWATANKUASA
|
AJK
|
TUGAS
|
1.
|
Kreativiti
dan pembuat laman sesawang
|
Norsuriyani
Binti Aris
|
-membina laman sesawang
-merekabentuk dan memuatnaikkan gambar
-menghubungi pihak yang berkenaan untuk
mendapatkan kebenaran menjalankan projek
-memantau perjalanan projek secara keseluruhan.
|
2.
|
Fotografi
& penulis blog
|
Nor
Afiqah Binti Abdullah Zawawi
|
-mengambil gambar di sekitar kampung Sungai Yu
-menulis blog mengenai Kampung Sungai Yu
-menyediakan semua surat rasmi yang berkautan
dengan projek
-menguruskan dukumentasi dengan kemas dan teratur.
|
3.
|
Pengumpulan
maklumat & laporan
|
Siti
Asma Binti Jamaludin
Nabilah
Binti Khusairi
|
-menyediakan laporan & maklumat, mengenalpasti,
mengumpulkan sumber
-membuat anggaran pendapatan dan pembelanjaan
projek.
-menghubungi ajk persatuan Kampung Sungai Yu.
-mendapatkan maklumat mengenai Kampung Sungai Yu.
|
4.
|
Pengangkutan
& Refleksi
|
Nur
Farihatussolehah Binti Arif Ambia
|
-menguruskan pengangkutan untuk membawa ahli
jawatankuasa pergi & balik.
-menyediakan peralatan yang diperlukan untuk
menjalankan projek.
-memastikan keselamatan ahli kumpulan ketika
menjalankan projek
-mencari matlumat tambahan daripada pelbagai
sumber tentang aktiviti yang sesuai dijalankan.
-menguruskan penyediaan laporan refleksi kumpulan.
|
PERLAKSANAAN
PROJEK:
Tarikh Dan
Butiran Perlaksanaan Projek:
19 November
2016 : kuliah Apresiasi Teknologi
Maklumat, Pensyarah Pn. Fatin memberikan panduan dan tunjuk ajar kepada
mahasiswa/i untuk melaksanakan projek dan seterusnya perlaksanaan proposal penciptaan
laman sesawang Kampung Sungai Yu. Selain membentuk kumpulan dan membahagikan
tugas kepada ahli kumpulan dan jawatankuasa.
20
November 2016: Perjumpaan dengan ahli
kumpulan diadakan untuk membincangkan
tugas yang
dilakukan dan menetapkan tempoh masa projek.
21
November 2016: Memohon surat kebenaran
dari pensyarah Pn. Fatin untuk melaksanakan
projek
di Kampung Sungai Yu serta menyiapkan surat rasmi untuk
dihantar
kepada ketua kampung iaitu Encik MuhadSolihi bin Misran,
JKKK dan
pengurus perusaha kecil antaranya pengusaha telur masin PakJabidi dan Encik Bohari perusahaan
keropok lekor dan kerepek di Kampung Sungai Yu.
22 November
2016 : Pihak Universiti Kebangsaan
Malaysia telah mengeluarkan surat
kebenaran untuk
melaksanakan dan surat rasmi untuk edaran kepada
ketua kampung
dan pengurus perusahaan kecil. Seterusnya
kami menghubungi
ketua kampung Encik MuhadSolihi bin Misran
untuk
memaklumkan projek kami secara lisan kepada mereka.
Setiusaha
projek telah mngirimkansurat kepada pihak yang berkenaan
\ dan turut menghantar satu salinan surat
melalui perkhidmatan emel.
23 November 2016
: Menerima maklum balas daripada Ketua
Kampung Encik MuhadSolihi
bin Misran dan
pengurus perusahaan kecil serta mereka bersetuju
meluluskanpemohonanuntuk
memberikan kerjasama dalam
melaksanakan
projek penciptaan Laman sesawang Kampung Sungai
Yu.
24 November 2016: Bermulalah perjalanan dari Kuala Lumpur ke
tempat projek laman sesawang iaitu Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.
Apabila sampai di kampung, kami berjumpa
dengan ketua kampung membincangkan data-data penduduk, ekonomi penduduk,
tempat yang menarik di kampung, kemudahan-kemudahan dan
perusahaan industri kecil di kampung Sungai Yu. Selepas sesi temu bual perbincangan,
ketua kampung membawa kami mengenalkan penduduk yang paling awal menetap di
Kampung Sungai Yu iaitu Encik Samingan bin Mustari serta mengenali penduduk dan
kawasan menarik pengunjung antaranya homestay, jeti, ternakan ayam “aircond”
iaitu ayam yang dibela di dalam kawasan tertutup dan dilengkapi dengan alat
kawalan pendingin hawa dan terdapat juga di kampung tersebut pasar nelayan. Seterusnya
ketua kampung membawa kami ke kilang perusahaan iaitu kilang keropok lekor,
kilang kerepek dan kilang telur itik.
25 November 2016 : Kami pulang ke
Kuala Lumpur dan setiap ahli kumpulan membuat refleksi dan laporan jawatan
setiap bahagian serta laporan akhir.
28 November2016 : Perbincangan ahli kumpulan dan mengumpulkan data
untuk memasukkan dalam laman web dan video. Maka bermulalah proses mengedit
video dari bermulanya projek sehinggalah berakhirnya projek.
1 Disember 2016 : Perbincangan ahli
kumpulan dan mengumpulkan data masing-masing untuk memasukkan dalam laman web.
Maka bermulahpenciptaan lamansesawangKampung
Sungai Yu.
27 Disember2016 : Setiap laporan
ahli kumpulan dikumpulkan dan mengadakan perbincangan tentang proses penulisan
laporan akhir serta keseluruhan bagi projek yang telah kami jalankan.
15 Januari 2016 : Pembentangan laporan akhir, laman
sesawang, video dan dihantar kepada Pensyarah Pn.Fatin untuk diperiksa dan
diberi ulasan untuk sebarang penambahbaikan secara keseluruhannya.
PERANCANGAN
Perancangan
projek telah dimulakan selepas kuliah Apresiasi Teknologi Maklumat pada 20
November 2016 dengan dimulakan penulisan proposal projek penciptaan laman
sesawang di Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor.
PERLAKSANAAN AKTIVITI
- Membuat persediaan dan perancangan projek bersama ahli kumpulan
- Merangka draf proposal kertas kerja projek yang akan dilaksanakan
- Pembahagian tugas kepada setiap ahli kumpulan
- Memilih lokasi projek yang akan dijalankan
- Menghubungi ketua kampung Sungai Yu untuk mendapatkan kelulusan dan kepastian bagi menjalankan projek.
- Melaksanakan aktiviti menjelajah dan mengumpul maklumat di kawasan projek
- Membuat perjumpaan dan wawancara bersama ketua kampung dan antara soalan-soalan yang diajukan adalah :
i.
Latar belakang sejarah penubuhan Kampung Sungai Yu
ii.
Jumlah taburan penduduk kampung
iii.
Prasarana dan kemudahan awam yang disediakan
iv.
Aktiviti-aktiviti dan program yang telah dilaksanakan
v.
Tempat-tempat menarik dan tarikan Kampung Sungai Yu
vi.
Keistimewaan utama Kampung Sungai Yu
- Membuat perjumpaan bersama penduduk kampung yang terawal di kampung tersebut
- Mengumpul maklumat dan membuat lawatan kawasan projek seperti :
i.
Kemudahan infrastruktur yang terdapat seperti surau,
masjid,sekolah,homestay,pusat latihan memandu dan sebagainya
ii.
Ladang ternakan ayam organikberpenghawa dingin
iii.
Ladang dan tapak memproses telur masin
iv.
Kilang memproses kerepek dan keropok lekor
v.
Kilang pembuatan ikan masin
vi.
Tanaman dan kebun-kebun sayur
- Melaksanakan projek pembinaan laman sesawang secara berkala
- Penyediaan laporan mingguan bagi setiap minggu 1 hingga 5
- Proses pembikinan video Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor
- Proses pembinaan laman sesawang menggunakan aplikasi wixisite.com.
- Penyediaan dan penulisan maklumat ke dalam laman sesawang http://kampungsungaiyu.wixsite.com/kampungsungaiyu
- Memuat turun seluruh laporan akhir ke dalam laman sesawangdan juga blog.
- Mempersembahkan hasil kerja projek kepada pensyarah kursus LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat.
- Dapat membentuk sutu pasukan yang hebat dengan kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh pembikinan projek dilakukan melalui semangat berpasukan yang ditunjukkan walaupun berbeza personaliti dan cara pemikiran.
- Dapat menjalinkan hubungan dan beramah mesra dengan penduduk kampung serta dapat mengenali personaliti dan gaya hidup orang jawa serta seterusnya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara penduduk kampung.
- Mendekatkan dan mendedahkan kami sebagai mahasiswa/i dengan masyarakat dan persekitaran luar serta mengajar cara-cara menjalinkan hubungan yang betul dengan dunia luar.
- Dapat mengaplikasikan pengetahuan asas berkaitan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian mahupun kerjaya.
- Berupaya dan mampu bertindakbalas terhadap isu-isu dan permasalahan yang berkaitan teknologi maklumat dalam dunia kini tanpa sempadan.
- Berupaya untuk membudayakan ilmu berkaitan teknologi maklumat dalam kehidupan seharian dan bidang profesionalisme.
CADANGAN/KOMEN
Kami sangat berpuas hati dan berbangga
kerana dapat menjayakan projek ini serta mendapat kerjasama yang sangat baik
daripada penduduk Kampung Sungai Yu, Kuala Selangor. Harapan kami agar projek
pembinaan laman sesawang ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat
serta objektifnya. Seterusnya dapat membawa suatu perubahan dan impak yang
positif kepada proses pembangunan prasarana kampung sekaligus dapat
memperkenalkan kampung tersebut kepada dunia luar dan menjadi daya tarikan
utama kepada pelancong luar untuk lebih mendekati dan mengenali tempat-tempat
yang menarik dan unik di Malaysia.
PENGHARGAAN
Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran
dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan keizinan-Nya projek laman sesawang
ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya.
Setinggi-tinggi penghagaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua pihak
yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam membantu
menjayakan projek pembinaan laman sesawang ini terutamanya kepada pensyarah
kursus LMCR 2273 Apresiasi Teknologi Maklumat iaitu Puan FatinHazwani@Hasidah
binti Siran yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam
menjayakan projek ini. Juga seribu penghargaan dan tahniah kepada ahli-ahli
kumpulan kami di atas kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam
menjayakan projek pembinaan laman sesawang ini.
Akhir sekali, jutaan terima kasih yang
tidak terhingga ditujukan khas kepada ketua kampung Kampung Sungai Yu, Kuala
Selangor iaitu Encik Muhad Solihi bin Misran kerana sudi meluangkan masa bersama
kami untuk ditemuramah dan melayan segala persoalan dan permintaan kami,
sebagai tanda penghargaan kami telah menyampaikan sedikit cenderahati kepada
beliau sejurus selepas sesi wawancara selesai. Tidak lupa juga kepada semua
penduduk kampung Kampung Sungai Yu yang terlibat kerana sudi meluangkan masa
dan memberi kerjasama yg jitu terutamanya kepada Hj.Aris bin Hj Salleh
sekeluarga kerana sudi menerima kami sebagai tetamu dengan menyediakan jamuan
makan serta membenarkan kami bermalam di teratak beliau yang serba indah dan
selesa.