sudi-sudilah tekan button biru nie yer...

Thursday, February 18, 2016

HAK-HAK PEKERJA....PEKERJA SERING DITINDAS MAJIKAN?




Sehingga hari ini, bilangan kes-kes melibatkan pekerja dan majikan semakin meningkat. Semakin ramai pekerja menjadi mangsa penindasan majikan yang tidak bertanggung-jawab.
Adalah tidak adil menyalahkan majikan 100% mengenai hal ini, ini adalah kerana pekerja sendiri perlu peka dan mengetahui hak-hak mereka sebagai pekerja. Ianya akan mewujudkan komunikasi 2 hala antara pekerja dan majikan dalam mempertahankan hak-hak anda sebagai pekerja.
Antara persoalan bagi hak-hak pekerja tersebut adalah
  • Berapakah kadar bayaran sebenar untuk kerja lebih masa ?
  • Apakah ada had kepada bilangan jam seseorang pekerja untuk dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan ?
  • Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan tempoh gaji ? Berapakah tempoh gaji yang sepatutnya ?
  • Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja ?
  • Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-undang ?
Pelbagai akta telah digubal demi melindungi hak-hak dan keistimewaan anda sebagai pekerja, namun ramai yang tidak mahu mengambil tahu mengenai perkara ini. Anda perlu tahu, majikan mudah mengambil kesempatan terhadap pekerja yang merasakan tidak tahu mengenai hak-hak mereka seterusnya terus ditindas tanpa disedari. Ianya menjadi satu tanggung-jawab untuk anda mengetahui hak-hak anda sebagai pekerja.
Ketahui hak-hak anda sebagai pekerja melalui soalan dan jawapan yang dibincangkan dalam ebook percuma ini. Ianya adalah sebuah Ebook mengenai hak-hak sebagai seoarang pekerja, tidak kira disektor kerajaan mahupun swasta. Panduan ini mendedahkan keistimewaan dan hak-hak sebenar meliputi setiap aspek seperti disiplin, tatatertib, etika, had masa bekerja, cuti Am, cuti tahunan, kadar gaji, kadar bayaran OT, hak pekerja wanita, cuti sakit, cuti bersalin, hospital, kadar potongan gaji yang dibenarkan, pampasan, KWSP, SOCSO, dan banyak lagi. Semuanya dibincangkan dalam bentuk Q&A yang menggambarkan situasi-situasi tertentu sesuai dengan keadaan dan lebih mudah difahami. Segala maklumat yang dibincangkan adalah sahih dan dirujuk dibawah 5 jenis Akta di Malaysia yang digubal untuk golongan pekerja

HAK-HAK WANITA DALAM ISLAM








HAK-HAK WANITA DALAM ISLAM
            Islam amat menyanjungi dan menghormati wanita sepertimana yang telah diperintahkan oleh Allah SWT melalui pesuruhnya Nabi Muhammad SAW. Berbeza dengan keadaan sebelum Islam di mana wanita ditindas, dibunuh dan dipandang hina. Selepas kedatangan Islam, kehidupan para wanita telah berubah dan telah diberi pelbagai hak untuk menikmati kehidupan ini sepertimana hak-hak yang telah diberikan kepada kaum lelaki..Di antara hak-hak tersebut adalah seperti berikut :

1       Hak Untuk Berkahwin
Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 [selepas ini disebut AUKI 1984], hak seseorang wanita untuk berkahwin telah diperuntukkan dengan jelas di bawah seksyen 8 iaitu: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syarie telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu“. Tujuan peruntukkan ini dibuat bukanlah sebagai satu bentuk sekatan bagi pasangan pengantin berkahwin pada umur yang muda.Namun ia bertujuan untuk memastikan setiap pasangan mempunyai tahap kematangan yang mencukupi dan mempunyai persediaan untuk memikul tanggungjawab yang besar dalam institusi kekeluargaan.Jelas,dengan peruntukkan ini,mungkin sedikit sebanyak dapat mengurangkan kes-kes perceraian dan masalah kes suami yang tidak mampu memberi nafkah dan tidak bertanggungjawab sebagai seorang suami.

2       Hak Terhadap Mas Kahwin
Wanita juga diberi hak sepenuhnya terhadap mas kahwin yang dibayar terhadap masa akad nikah dijalankan,bahkan hak isteri ke atas mas kahwin tersebut tidak boleh digugurkan atas alasan perceraian ataupun pembubaran perkahwinan.Jika suami masih berhutang mas kahwin terhadap bekas isterinya,dia boleh mengemukakan aduan ke Mahkamah untuk mendapatkan jumlah mas kahwin yang masih terhutang.

3       Hak Dalam Poligami
Dalam AUKI 1984,telah menetapkan hak bagi setiap wanita untuk mendapat perlindungan daripada suami yang berpoligami.Dalam konteks ini,Akta ini telah menetapkan beberapa syarat sebelum lelaki itu dibenarkan oleh mahkamah berbuat demikian.Seksyen 23 menjelaskan bahawa seseorang lelaki itu semasa masih didalam perkahwinan membuat kontrak perkahwinan yang lain dengan perempuan lain kecuali dengan kebenaran daripada mahkamah.
Seksyen 123 menyatakan sekiranya lelaki berkenaan tidak mendapat kebenaran bertulis sepertimana yang diperuntukkan dalam seksyen 23 dan kemudiannya berkahwin lagi,maka dia telah melakukan satu kesalahan dan boleh dihukum denda sehingga RM1000 atau penjara sehingga 6 bulan atau kedua-duanya sekali.Selain itu,Mahkamah juga perlu berpuas hati tentang lima perkara sebelum kebenaran diberikan iaitu :


                                i.            Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah perlu dan patut memandang kepada,hal-hal keadaan yang berikut,iaitu,kemandulan,keuzuran jasmani,tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan,sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.
                 ii.            Bahawa pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung,sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syarak,semua isteri dan orang tanggungannya,termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;
                              iii.            Bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut kehendak Hukum Syarak.
                                  iv.            Bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan ‘darar syarie’ kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada.

Peruntukan tentang poligami dalam Undang-Undang Keluarga Islam jelas memberi satu bentuk keadilan dan segala perlindungan kepada kaum wanita di mana ia memberi segala hak dan kepentingan isteri yang sedia ada terjamin dan tidak tertindas.Contohnya,isteri yang sedia ada akan diserahkan satu salinan permohonan dan akuan berkanun bersama dengan saman (untuk hadir ke Mahkamah) kepada mereka sebagai makluman awal sebelum permohonan poligami dibuat.Semua peruntukkan ini dibuat bukanlah bertujuan untuk menghapuskan terus poligami yang dibenarkan oleh Islam tetapi ianya diadakan agar tujuan poligami sebenar tidak disalahgunakan dan untuk engelakkan diskriminasi terhadap wanita.(Laman web rasmi Jabatan Kehakiman Syariah P.Pinang)[1]


4       Hak Waris Perempuan
Diantara kemuliaan wanita dalam Islam adalah mereka memiliki hak mendapat warisan. Dan hak ini telah ditetapkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala. di dalam Al-Quran, utamanya di dalam Surah kaum perempuan: Sūrah an-Nisā’. Surah ini berbicara khusus tentang hak-hak wanita berkaitan dengan hak waris (mawārīts) (Qs. An-Nisā’ [4]:11-13).
Ini kerana tradisi Jāhiliyah dimana masa itu harta warisan hanya diperuntukkan bagi anak laki-laki yang telah dewasa. Sementara kaum wanita dan anak-anak tidak mendapatkan apa-apa. Bahkan, mereka menjadikan perempuan sebagai salah satu harta warisan yang ditinggalkan oleh si mayat untuk diwariskan kepada anaknya. Bahkan, jika perempuan itu adalah ibu tirinya, ia berhak untuk menikahinya. (Dr. Lailah Ibrahim Abū al-Majd, al-Mar’ah baina al-Yahūdiyyah wa al-Islām (Kairo: al-Dār al-Tsaqāfiyyah, 2007: 59).[2]
Namun ketika Islam datang anak-anak perempuan dan para wanita mendapat hak waris. Ketika wahyu turun membawa aturan kewarisan dengan menyertakan anak-anak perempuan, sebagian orang di masa Jāhiliyyah datang menghadap Rasulillah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. dan bertanya, “Wahai Rasulillah, apakah kami harus berikan setengah harta warisan kepada anak perempuan dari harta yang ditinggalkan oleh bapaknya? Padahal, dia tidak bisa menunggang kuda dan tidak berperang. Dan apakah kami juga harus memberi warisan kepada anak kecil padahal dia memberikan apa-apa.” (Hadits dari Ibn ‘Abbās).



5       Hak Menuntut Ilmu
Wanita dalam Islam memiliki keistimewaan lain, yakni: hak menuntut ilmu. Ini sisi lain dari keagungan wanita dalam Islam. Dan hak menuntut ilmu bagi perempuan dalam Islam tidak membeda-bedakan apakah dia seorang wanita merdeka atau budak. Dalam satu riwayat dari Abū Burdah disebutkan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam. bersabda, “Siapa saja yang memiliki satu budak perempuan lalu dia mengajarkan ilmu dan adab dengan sebaik-baiknya. Kemudian, dia merdekakan dan menikahinya maka dia mendapat dua pahala.”
Menurut Islam, ilmu memang menjadi hak mendasar yang tidak boleh dihilangkan. Kerana satu masyarakat tidak akan maju kerana makanan, minuman, pakaian, dan tempat tinggal saja. Karena ini semua adalah hak materi. Harus ada hak maknawi dan spiritual, yaitu ilmu pengetahuan. Dan hidup tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa ini. Itu sebabnya hati, ruh, dan nalar harus terus “diremajakan” dengan ilmu.
Dalam sejarah Islam, pendidikan khusus para wanita telah dipraktikkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wassallam. Dimana beliau meluangkan satu hari khusus untuk mengajar kaum wanita. Disamping secara khusus beliau mendidik para ibu kaum Mukminin – istri beliau – (ummahāt al-Mu’minīn).  Syekh Muhammad al-Ghazālī, Dr. Muhammad Sayyid Ṭanṭāwī, dan Dr. Ahmad ‘Umar Hāsyim, al-Mar’ah fī al-Islām (Kairo: Maṭbaʻah Akhbār al-Yaum, 1991:87)[3]
Itulah huraian mengenai kedudukan wanita di dalam Islam. Ia begitu mulia kerana kehadiran Islam. Dan bagi Muslim agama Islam merupakan satu-satunya agama yang memberikan hak yang begitu tinggi terhadap wanita. kerana Islam bukan agama diskriminasi terhadap jenis kelamin kerana Allah telah memberi hak dan kewajipan masing-masing dengan begitu indah.

Tuesday, February 16, 2016

PENGAJARAN DARI PIAGAM MADINAH





Di sinilah kita boleh melihat peranan dan fungsi Nabi Muhammad sebagai seorang negarawan sekaligus seorang pemimpin negara yang besar dan berkaliber sepanjang sejarah peradaban manusia, disamping posisi beliau selaku seorang Nabi dan Rasul didalam agama. 

Prinsip-prinsip  hak asasi manusia dalam Piagam Madinah adalah: Pertama, berinteraksi secara baik dengan sesame manusia, samaada pemeluk Islam mahupun bukan Islam. Kedua, saling membantu dalam menghadapi musuh.Ketiga,membela mereka yang teraniaya. Keempat, saling menasihati. Dan kelima, menghormati kebebasan beragama. Piagam Madinah merupakan landasan bagi kehidupan masyarakat yang flural di Madinah. Berikut adalah substansi dari Piagam Madinah:

1.      Monotheisme, yaitu mengakui adanya satu tuhan. Prinsip ini terkandung dalam Mukadimah, fasal 22,23 dan 42.
2.      Persatuan dan kesatuan (fasal 1,15,17,25 dan 37). Dalam fasal-fasal ini ditegaskan bahawa seluruh penduduk Madinah adalah satu umat. Hanya satu perlindungan, bila orang Yahudi telah mengakui Piagam ini, bererti mereka juga berhak atas perlindungan keamanan dan kehormatan, selain itu kaum Yahudi dan Muslim bersama sama memikul pembiayaan perang.
3.      Persamaan dan keadilan (fasal 1,12,15,16,19,22,23,24,37 dan 40). fasal-fasal ini mengandungi prinsip bahawa seluruh warga Madinah berstatus sama di muka hukum dan perlu menegakkan hukum beserta keadilan tanpa melihat perbezaan bangsa dan agama.
4.      Kebebasan beragama (fasal 25). Kaum Yahudi bebas menjalankan agama mereka sebagaimana juga umat Islam bebas menjalankan  syariat Islam.
5.      Bela negara (pasal 24,37,38 dan 44). Setiap penduduk Madinah yang mengakui Piagam Madinah mempunyai kewajiban yang sama untuk menjunjung tinggi dan membela Madinah dari serangan musuh baik dari luar mahupun dari dalam.
6.      Pengakuan dan pemuliharaan adat kebiasaan (fasal 2-10).Dalam fasal-fasal ini disebutkan secara berulang bahwa seluruh adat kebiasaan yang baik di kalangan Yahudi harus diakui dan dilestarikan (Eggi Sudjana,2003:89). Selain enam prinsip tersebut Ahmad Sukaradja menambahkan lagi dua prinsip, iaitu:
7.      Ketuanan syari’at (fasal 23 dan fasal 42). Dalam fasal-fasal tersebut, penyelesaian perselisihan ditetapkan menurut ketentuan Allah dan keputusan Nabi Muhammad SAW.

8.      Politik damai dan perlindungan dalaman (fasal 17,36,37,39,40,41 dan fasal 47) dan sikap perdamaian secara luaran ditegaskan pada fasal 45 (Ahmad Sukardja, 2012 : 114).

HAK ASASI MANUSIA DALAM PIAGAM MADINAH



1-      Dokumen daripada Muhammad,Rasulullah SAW (mengerat hubungan) antara orang
 Mukmin dan orang-orang Muslim Quraisy dan Tathrib, dan semua yang mengikut mereka dan bergabung dengan mereka.
2-      Mereka adalah suatu komuniti (ummah) yang meliputi semua orang.
3-      Quraisy muhajirin, berdasarkan adat mereka, hendaklah membayar diat di dalam kelompok mereka, dan menebus tawanan-tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan bersama-sama orang-orang mukmin.
4-      Banu 'Awf , berdasarkan adat mereka, mereka hendaklah membayar diat sebagaimana yang mereka bayar hingga kini, dan setiap kelompok perlu menebus tawanan-tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan bersama-sama orang-orang mukmin.
5-      Banu al-Harith(Ibnu al-Khazraj),Banu Sa'idah,Banu Jusham,Banu al-Najjar,Banu 'Amr ibn 'Awf, Banu al-Nabit dan Banu al-Aws berdasarkan adat mereka, hendaklah membayar diat sebagaimana yang mereka bayar hingga kini, dan setiap kelompok harus menebus tawanan-tawanan mereka dengan kebaikan dan keadilan bersama-sama orang-orang mukmin.
6-      (a) Pengikut tidak sepatutnya meninggalkan sesiapa yang melarat di kalangan mereka dengan tidak membayar duit tebusan atau diat dengan kebaikan.
(b) Orang mukmin tidak sepatutnya mengambil sekutu dalam menentang baginda, seorang muslim merdeka yang lain.
7-      Orang mukmin yang takutkan Allah hendaklah menentang pemberontak atau sesiapa sahaja yang cuba menyebarkan ketidakadilan, permusuhan, atau penyelewangan diantara orang mukmin; tangan setiap orang hendaklah menentangnya walaupun ia adalah anak mereka.
8-      Seseorang tidak sepatutnya membunuh mukmin yang lain untuk kepentingan orang kafir, ataupun menolong seseorang yang tidak beriman menentang orang yang beriman.
9-      Perlindungan Allah adalah luas, seseorang hendaklah memberi perlindungan kepada orang asing bagi pihak mereka. Orang beriman adalah sahabat dan pelindung kepada yang lain, kecuali orang luar.
10-  Orang Yahudi yang mengikut kita berhak mendapat pertolongan dan persamaan yang sama seperti orang mukmin. Mereka tidak boleh diperlakukan secara tidak adil, dan musuh-musuhnya tidak akan diberi bantuan.
11-  Keamanan bagi orang beriman tidak berbelah bahagi tiada keamanan patut dibuat apabila orang beriman berjuang di jalan Allah. Syarat-syarat mesti adil dan saksama kepada semua.
12-  Dalam setiap serangan, seorang penunggang mesti mengambil seorangyang lain di belakangnya.
13-  Orang beriman mesti menuntut bela ke atas darah saudaranya yang tumpah di jalan Allah.
15- (a) Orang yang takutkan Allah menikmati panduan yang terbaik dalam hidupnya.
(b) Tiada seorang penyembah berhala pun dibolehkan mengambil harta orang Quraisy 
yang di bawah perlindungannya, atau menyakiti seorang yang beriman.
16-   Sesiapa yang didapati membunuh orang yang beriman tanpa sebab-sebab yang dibenarkan tertakhluk kepada pembalasan, melainkan saudara-saudara yang mati itu berpuas hati (dengan diat), dan orang-orang beriman boleh menentangnya secara peribadi, dan mereka boleh mengambil tindakan ke atasnya.
17-  Adalah tidak dibenarkan seseorang beriman, yang tertakhluk dalam apa yang dinyatakan dalam dokumen ini, dan percaya kepada Allah dan Hari Kiamat, untuk menolong seseorang melakukan kejahatan atau melindunginya. Sumpahan Allah kemurkaan-Nya di Hari Akhirat akan kena balasannya jika ia melakukannya, dan tiada taubat atau tebusan yang akan diterima daripadanya.
18-  Apa sahaja pendapat yang berbeza tentang sesuatu perkara, ia mestilah dirujuk kepada Allah dan Muhammad.
19-  Yahudi Banu al-Harith,Yahudi Banu Sa'dah, Yahudi Banu Jusham, Yahudi Banu al-Najjar, dan Yahudi Banu al-Aws adalah seperti Yahudi Banu 'Awf.
20-  Yahudi Banu 'Awf adalah suatu komuniti dengan orang beriman(orang Yahudi mempunyai agama mereka dan orang beriman mempunyai agama mereka sendiri), orang-orang yang merdeka, kecuali mereka yang tidak adil dan melakukan dosa, kerana mereka hanya menyakiti diri dan keluarga mereka sendiri.
21-  Yahudi Banu Tha'labah adalah seperti Yahudi Banu 'Awf, melainkan bagi sesiapa yang tidak adil dan melakukan dosa, kerana mereka hanya menyakiti diri dan keluarga mereka sendiri.
22-  Sahabat rapat Yahudi adalah diri mereka sendiri.
23-  (a) Tiada seorang daripada mereka boleh pergi berperang tanpa kebenaran daripada
Nabi Muhammad.
(b) Tetapi tidak ditegah daripada membalas untuk memberi kesedaran. Sesiapa yang
membunuh seseorang tanpa amaran adalah membunuh diri dan kaum kerabatnya,
melainkan ia diperlakukan secara tidak adil, kerana Allah akan menerima tindakan
ini.
24-   (a) Orang Yahudi menanggung perbelanjaanmereka sendiri, dan Muslim menanggung
perbelanjaan mereka sendiri. Setiap mereka menolong antara satu sama lain
menentang  sesiapa yang menyerang orang-orang yang tertakhluk dalam dokumen
ini. Mereka mesti saling nasihat-menasihati dan bermusyawarah. Kebenaran
(perbuatan baik) adalah pelindung atas perbuatan dosa.
(b) Seseorang tidak dipertanggungjawabkan ke atas kesalahan sekutunya. Orang yang

diperlakukan secara tidak adil mesti ditolong.

Monday, February 15, 2016

PENGERTIAN HAM



DEFINISI HAK ASASI MANUSIA

            Perkataan “al-Haq” telah di ulang banyak kali di dalam Al-Quran. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nisaa’ ayat 155 :
$yJÎ6sù NÍkÅÕø)tR óOßgs)»sVÏiB NÏd̍øÿä.ur ÏM»tƒ$t«Î/ «!$# ãNÎgÎ=÷Fs%ur uä!$uŠÎ;/RF{$# ÎŽötóÎ/ 9d,ym óOÎgÏ9öqs%ur $oYç/qè=è% 7#ù=äî 4 [1]
Maksudnya:
Dan mereka pula membunuh nabi-nabi dengan tiada satu alasan yang benar[2]
           
Dalam surah al-Maaidah ayat 48 :
!$uZø9tRr&ur y7øs9Î) |=»tGÅ3ø9$# Èd,ysø9$$Î/ $]%Ïd|ÁãB $yJÏj9 šú÷üt/ Ïm÷ƒytƒ z`ÏB É=»tGÅ6ø9$# $·YÏJøygãBur Ïmøn=tã ( [3]

Maksudnya:
“Dan kami turunkan kepada kamu(wahai Muhammad) Kitab (al- quran) dengan membawa kebenaran[4]


Dalam surah al-Baqarah ayat 241 :
ÏM»s)¯=sÜßJù=Ï9ur 7ì»tFtB Å$râ÷êyJø9$$Î/ ( $ˆ)ym n?tã šúüÉ)­GßJø9$# ÇËÍÊÈ [5] 
Maksudnya:
“Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapata muta’h(pemberian sagu hati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungjawab yang wajib keatas orang yang bertaqwa”[6]     

            Daripada terjemahan ayat-ayat tersebut, menunjukkan perkataan “hak” diberi beberapa erti antaranya benar, kebenaran, tanggungjawab wajib, berhak dan adil.
           
            Rights memberi erti betul, lurus, sesuai, sebenar, adil, kanan, tegak, betul, teratur, lebih afdhal atau munasabah, hak, arah, sempurna, sera merta, segera (Al-Mawarid : 1998)
           
            Dalam Bahasa Arab, Hak diungkapkan dengan perkataan haqq yang bermaksud “kebenaran”. Perkataan haqq berasal daripada perkataan haqqa kerana dalam konteks penggunaan ayat tertentu ia bererti “sesuatu yang tetap” atau “tuntutan”.

                        Sarjana Barat pula menerangkan konsep kebebasan dan hak dalam pelbagai maksud. Umpamanya, S.J Stoljar dalam bukunya, An analysis of right menerangkan bahawa hak dan kebebasan sebagai dua perkara saling berkaitan antara satu sama lain. Katanya, kebebasan ditakrifkan sebagai hak untuk melakukan sesuatu tindakan tanpa dihukum atau menanggung liability.[7]
           
            Sementara John Salmond dalam bukunya, Jurispudence pula menerangkan bahawa hak dan kebebasan berdasarkan konteks perundangan iaitu hak sebagai satu bentuk kepentingan yang diiktiraf serta dilindungi undang-undang.[8]


            Dalam Kamus Dewan, perkataan ‘ hak asasi manusia’ tidak ada dinyatakan dalam satu bentuk kosa kata. Perkataan-perkataan tersebut hanya diletakkan secara berasingan iaitu kepada tiga perkataan. Perkataan ‘hak’ diertikan sebagai ‘kuasa’ atau ‘kepunyaan’. Ia juga dieertikan sebagai ‘kebenaran’. Perkataan ‘asasi’ pula di maksudkan sebagai ‘menjadi dasar’ ataupun ‘yang menjadi pokok’, berasal dari perkataan ‘asas’ yang bermaksud ‘alas’, ‘dasar’, ‘tapak’ atau ‘sesuatu yang menjadi sandaran’. Untuk perkataan ‘manusia’, ia diistilahkan dalam Kamus Dewan sebagai ‘makhluk yang mempunyai akal budi’, ‘insan’, ataupun ‘orang’(Noresah Baharom 2007 : 82, 500&997). Melalui gabungan ketiga-tiga perkataan tersebut, secara umumnya hak asasi manusia boleh difahami sebagai ‘kuasa asas yang dimiliki oleh setiap individu berdasarkan kelebihan masing-masing yang bertujuan memastikan dirinya berpeluang mendapat kehidupan yang lebih baik dan saksama.

Mengikut catatan sejarah, hak asasi mula diperkenalkan pada zaman tamadun Greek. Bagaimana pun, bukti itu tidak lengkap dan memerlukan kajian dan penyelidikan bagi mengenal pasti sejarah awal hak asasi. Bukti tahun yang menunjukkan tamadun Greek sebagai pelopor hak asasi boleh dilihat pada Bandar Greek seperti Isogolia yang bermaksud kebebasan bercakap, Isonomia bererti hak menghormati.[9]




[1] al-Quran, An-Nisaa’ 4:155.
[2] Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan,edisi keenam, Shah Alam, Selangor : Yayasan Restu ,(2011).
[3] al-Quran, Al-Maaidah 5:48.
[4] Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan,edisi keenam, Shah Alam, Selangor : Yayasan Restu ,(2011).

[5] al-Quran, Al-Baqarah’ 2:241.
[6] Semua terjemahan ayat al-Quran dalam tulisan ini berdasarkan Al-Quran Mushaf Malaysia Dan Terjemahan,edisi keenam, Shah Alam, Selangor : Yayasan Restu ,(2011).
[7] Jaafar Salleh (2010), Islam melindungi hak-hak asasi manusia sejagat, hlmn: 9
[8] Ibid, hlmn:9
[9] Ibid, hlmn:10