sudi-sudilah tekan button biru nie yer...

Tuesday, January 31, 2012

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN



" Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petujuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami Ya Allah, permudahkanlah jangat disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu.Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."

Sunday, January 29, 2012

LIDAH DAPAT MENYATUKAN HATI DAN DAPAT JUGA MEMECAHKAN HATI

Sahabat-sahabat dan anak didikku sekalian....

 ketahuilah bahawa lidah adalah anggota tubuh yang paling banyak menyatukan atau menghancurkan ummat, membangun atau merosakkan ummat, dan lidah juga dapat menyatukan atau memecahkan hati. Perkataan yang kotor atau salah yang keluar dari lidah sudah menjadi kebiasaan yg lumrah. Waktu ini kefasidan semakin berada di hadapan..satu perkataan yang baik yang diucapkan oleh lidah pasti dapat menyatukan hati yang pecah. oleh kerana itu, kita hendaklah sentiasa menjaga lidah  kita. ingatlah sahabat-sahabatku sekalian! Allah s.w.t sentiasa memerhati gerak laku kita dan mendengar setiap ucapan kita.
tersebut di dalam hadis riwayat Tarmidzi: dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda: sesungguhnya ada seorang lelaki sering mengucapkan perkataan yang dianggapnya remeh dan tidak berdosa, namun ternyata ianya menimbulkan keburukan yang yang sangat besar, sehingga menyebabkannya terjerumus ke dalam neraka selama tujuh puluh tahun....

Tuesday, January 24, 2012

MASA ITU EMAS

Sekadar buat renungan diriku yang serba dhaif ini.....
kadang-kadang kita merungut knp masa berlalu begitu cepat?hampir x sempat nak buat semuanya...tp kita tidak pernah memikirkan masa yg telah Allah kurniakan pd kita.adakah kita telah pergunakan dengan sebaik-baiknya?mmm..di akhir zaman ini memang detik waktu itu terlalu cepat berlalu..ianya memang menakutkan, tanda kiamat sudah terlalu dekat..Ya Allah jauhkanlah aku dari fitnah di akhir zaman ini, masukkanlah aku di dalam golongan yang kau redhoi Ya Allah....Ya Allah lindungilah aku...berikan aku kesempatan untuk memperdekatkan diriku kepadaMu...berikan aku rahmat kasih sayangMu..berikan aku kesabaran di atas setiap ujian yang yang kau berikan....bila di dalam kesempitan, baru teringatkan Yang Esa, tp bila di beri kesempatan aku lalai melupakannya, aku leka, aku lupa.....Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang tetap bersyukur...terima kasih Ya Allah..... 

Sunday, January 22, 2012

10 Elemen Untuk Mencapai Kejayaan


  1. MATLAMAT
  2. KEYAKINAN
  3. PENGORBANAN
  4. BELAJAR DARIPADA KEGAGALAN
  5. PENGURUSAN MASA & KEWANGAN
  6. DISIPLIN
  7. KREATIF
  8. BEKERJASAMA
  9. MENJAGA KESIHATAN
  10. PERSONALITI YANG MENARIK

Tuesday, January 17, 2012

MENCARI KEBERKATAN ILMU

Ilmu yang berkat akan mudah difahami dan diamalkan. walaubagaimanapun ada ketikanya adik-adik susah  untuk memahami atau mengingati ilmu yang dipelajari. Untuk mendapat keberkatan ilmu, cuba adik-adik selidiki apakah adik-adik telah memenuhi adab dan amalan yang sewajarnya iaitu:
  1. menuntut ilmu dalam keadaan berwudhuk
  2. makan dan minum kerana ibadah, bukan untuk kenyang
  3. ikhlas beribadat semata-mata kerana Allah s.w.t
  4. bangun malam untuk bersolat sunat tahajud
  5. menghormati dan kasih kepada guru adik-adik
p/s : "ketenangan adalah kemenangan pertama"

Monday, January 16, 2012

AKU SEBAGAI SI 'ALIM


Aku sebagai Si Alim, 
tunduk kaku meneliti diri,
malu aku akan hakikat diri, 
dipandang insan sebagai berisi, 
tapi diri bagai rumah kosong penuh sepi......

Aku sebagi Si 'Alim, punya sijil,
bakal memperolehi diploma dan ijazah tinggi,
ulumul Islam,ulumul Quran. itulah yang diceburi,
berhabis waktu dan wang demi impian suci,
tapi sayang masih buta
dalam mempraktikkan syariah Islam itu sendiri......

Aku sebagai Si 'Alim,
walau mengerti, tapi kadang-kala pura-pura tak mengerti,
masih samar-samar dalam menentukan aurat diri sendiri,
masih buta dalam batas pergaulan dengan insan ajnabi,
masih memandang sebelah mata akan hakikat dosa dan pahala.....

Ya Allah!!! aku sebagai Si 'Alim ( orang-orang yang mengetahui),
memohon agar hidayahmu sentiasa bersama,
dalam menunaikan harta-harta yang terpatri
dalam solat lima waktuku........



Thursday, January 12, 2012

LATIH TUBI

Arahan: tandakan ( betul ) atau ( salah ) pada kenyataan di bawah:
  1. Al-Quran diturunkan melalui malaikat Jibril (        )
  2. Berbual-bual ketika membaca al-Quran (        )
  3. Membaca al-Quran dengan bertajwid (        )
  4. Membaca al-Quran mendapat pahala (        )
  5. Membaca al-Quran dengan mendedahkan aurat (        )
  6. Membaca al-Quran dengan berwudhuk (       )
  7. Makan minum ketika membaca al-Quran (       )
  8. Membaca al-Quran menenangkan jiwa (       )
  9. Al-Quran adalah kitab suci umat Islam (       )
  10. Al-Quran mengandungi 25 juzuk kesemuanya (       )

Arahan : Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai

muhammad s.a.w / memuliakan / kitab / tinggi / wudhuk / kanan
  1. Al-Quran adalah ___ suci diturunkan kepada nabi ___.
  2. Kita hendaklah mengambil __ sebelum memegang al-Quran.
  3. Gunalah tangan ____ ketika membawa dan menyimpan al-Quran.
  4. Al-Quran hendaklah diletakkan di tempat yang bersih dan ___.
  5. Sentiasalah _____ al-Quran.

AKIBAT MENGABAIKAN ADAB MEMBACA AL-QURAN

  • Mendapat kemurkaan Allah.s.w.t
  • Tidak memberi kesan pada hati pembaca
  • Tidak dapat memahami isi kandungan al-Quran
  • Kurang pahala dan sukar mendapat syafaat al-Quran di akhirat kelak

HIKMAH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BERADAB

  • Mendapat ganjaran dari Allah s.w.t
  • Mendapat keberkatan dan keredhoan Allah s.w.t
  • Mendapat ketenangan dan ketenteraman jiwa
  • Dapat menghayati ayat-ayat yang dibaca
  • Memupuk diri seseorang agar bersifat taqwa

Sunday, January 8, 2012

ZIKIR DAPAT MENCERDASKAN OTAK

Assalamualaikum adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian......kaifa halukum?diharapkan sihat-sihat belaka yer...

Hari nie ana terpanggil untuk kongsikan sedikit ilmu yang baru ana perolehi..x sangkakan setiap amalan dan juga ibadah yang dianjurkan oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w terselit pelbagai rahsia dan juga ramuan penawar buat diri insani yang serba kekurangan dan dhoif dalam menghadapi pancaroba dunia ini....

Nak tahu apa kisahnya??
Mmm....begini, rupa-rupanya zikir-zikir amalan adik-adik seharian dapat mencerdaskan otak dan minda adik-adik...dengan adik-adik mengulangi kalimah-kalimah suci seperti ALHAMDULILLAH, SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR dan sebagainya akan menyebabkan otak adik-adik semakin cergas dan aktif. kajian ini telah dibuktikan secara saintifik.apabila otak bekerja ia sebenarnya menjalankan aktiviti bio-elektrik dan melibatkan sekumpulan saraf yang melaksanakan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan otak berfungsi dengan baik. semua aktiviti yang kita lakukan seperti memahami sesuatu ilmu yang  adik-adik perolehi, merupakan kesan daripada aliran bio-elektrik ini. setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak berhubung dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.

oleh itu adik-adik,apabila kita berzikir dengan menyebut kalimat-kalimat Allah dengan berulang-ulang kali beberapa kawasan otak akan aktif dan seterusnya aktiviti saraf turut aktif dan akan menambah tenaga bio-elektrik di kawasan saraf otak. apabila otak adik-adik aktif, maka ia akan mula memahami perkara-perkara baru dan menjadi semakin kreatif dan kritis, seterusnya akan mempengaruhi hati untuk menyukai kebenaran dan melakukan kebaikan.......

Jadi sahabat-sahabat dan adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian, apa tunggu lagi? perbanyakkanlah zikir dan bermunajat kepada Allah s.w.t...kita sanggup bermati-matian demi mengejar harta dunia, so....apatahkan lagi untuk harta akhirat ini kan??cayyok.cayyok...

Wednesday, January 4, 2012

ERTI SEBUAH KEGAGALAN..........

gagal bukan bereti adik-adik tdk mampu melakukan apa-apa,
gagal bererti adik-adik telah mempelajari sesuatu.

gagal bukan bererti adik-adik memang manusia yang bodoh,
gagal bererti adik-adik telah membuktikan ketekunanmu.

gagal bukan bererti adik-adik dilanda kehinaan,
gagal bererti adik-adik sanggup mencuba.

gagal bukan bererti adik-adik sepatutnya merasa rendah diri,
gagal bererti adik-adik adik-adik manusia yang tak sempurna.

gagal bukan bererti adik-adik memusnahkan kehidupan kalian,
gagal bererti adik-adik telah memulakan hidup baru.

gagal bukan bererti adik-adik harus berputus asa,
gagal bererti adik-adik harus melipat gandakan usaha kalian.

gagal bukan bererti adik-adik tak perlu melakukan apa-apa lagi,
gagal bererti kejayaan menanti kalian..

..........mungkin ini memerlukan sedikit masa lagi, bersabarlah wahai temanku..........


Monday, January 2, 2012

BETAPA SAYANGNYA ALLAH PADA KITA

Salam sayang adik-adik, teman-teman yang mudarrisah kasihi sekalian......hari ni mudarrisah nak kongsikan sedikit ilmu yang mungkin boleh memberikan sedikit motivasi dan kekuatan buat kita semua.

Tahukah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian?
Kasih sayang Allah pada hamba-hambanya tidak ternilai dengan seisi dunia ini......hamba-hamba yang beriman dan patuh pada-Nya akan dihadiahi syurga yang menjadi rebutan umat manusia....Dia tidak akan membiarkan hamba-hambanya menderita, sedih, pilu tanpa membentengi mereka dengan senjata-senjata istimewa anugerahnya......Betapa sayangnya Allah pada kita sehinggakan di dalam al-Quran diselitkan berbagai mutiara-mutiara kata yang memotivasikan kita supaya hamba-hambanya tabah dalam menhghadapi segala cubaan dan pancaroba hidup di dunia ini sebelum menuju ke perhentian yang Abadi........

seringkali kita meluahkan.......

Kenapa aku diuji???
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan???
Kenapa ujian seberat ini???
Eeee......aku frust!!!

Ingatlah adik-adik yang mudarrisah kasihi sekalian....
Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
 " Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan : Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka. sesungguhnya Dia Maha mengetahui orang-orang yang dusta"
( surah al-Ankabut. ayat: 2-3)

Firman Allah s.w.t lagi :
" Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
( surah al-Baqarah. ayat : 216 )


Firman Allah s.w.t lagi :
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
( surah al-Baqarah. ayat: 286)


Firman-Nya lagi :
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman "
( surah al-Imran. ayat : 139 )

So..adakah kita masih nak mempersoalkan kenapa aku masih diuji?? knp aku x dapat apa yang aku nak?? mempersoalkan cubaan ujian yang sedikit itu pada kita dan sokmo-sokmo tension jerrrr......fikir-fikirkan dan renung-renungkan yer.......